Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.gen] | هيدروݢن

Definisi : (Kim) gas paling ringan, tidak ber­warna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air; ~ karbonat garam asid karbonik; ~ peroksida sj sebatian yg sangat reaktif, dan sbg bahan antiseptik, bahan peluntur, dll; penghidrogenan perihal menjadikan se­suatu bersebati dgn hidrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.gen] | هيدروݢن

Definisi : gas yg tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bersebati dgn oksigen. ~ klori­da ist gas tidak berwarna, mengakis, berbau sengit dan digunakan dlm bahan kimia organik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrogen


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hidrogenhydrogenGas yang tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bertindak balas dengan oksigen.Menengah Rendah
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, larut dalam air dan alkohol. Formulanya, H2O2 .Menengah Atas
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur.Menengah Rendah
ion hidroksoniumhydroxonium ionIon hidrogen yang bergabung dengan satu molekul air. Ion ini terdapat dalam semua larutan akueus. Ia juga dikenali sebagai ion hidrogen atau ion oksonium. Formulanya, H3O+.Menengah Atas
molekul dwiatomdiatomic moleculeMolekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl).Menengah Atas
penunjuk hidrogen karbonathydrogen carbonate indicatorPenunjuk yang digunakan untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. Penunjuk ini akan bertukar warna daripada merah kepada kuning yang menunjukkan kehadiran karbon dioksida.Menengah Rendah
penghidrogenanhydrogenationPenambahan atom hidrogen kepada suatu sebatian organik dengan menggunakan mangkin.Menengah Atas
pHpHNilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat RajahMenengah Rendah
ion hidridahydride ionIon negatif hidrogen. Simbolnya, H-.Menengah Atas
penukargantiansubstitutionProses tindak balas yang melibatkan atom hidrogen bertukar ganti satu per satu dengan atom halogen.Menengah Atas
123

Kembali ke atas