Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.gen] | هيدروݢن

Definisi : (Kim) gas paling ringan, tidak ber­warna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air; ~ karbonat garam asid karbonik; ~ peroksida sj sebatian yg sangat reaktif, dan sbg bahan antiseptik, bahan peluntur, dll; penghidrogenan perihal menjadikan se­suatu bersebati dgn hidrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.gen] | هيدروݢن

Definisi : gas yg tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bersebati dgn oksigen. ~ klori­da ist gas tidak berwarna, mengakis, berbau sengit dan digunakan dlm bahan kimia organik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrogen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interstellar mediummedium antara najamMatematikTiadaJirim yang terdiri daripada hidrogen terion, hidrogen molekul, neutral hidrogen dan debu kosmos yang terkandung di dalam kawasan di antara bintang di dalam Bimasakti.
standard hidrogen electrodeelektrod hidrogen piawaiKimiaTiadaElektrod yang terdiri daripada kerajang logam adi seperti platinum yang direndamkan di dalam larutan asid yang kepekatan ion hidrogennya 1 mol/dm3 pada 25oC dan dialirkan gas hidrogen tulen pada permukaannya pada tekanan 1 atm. Elektrod hidrogen piawai digunakan untuk menentukan keupayaan elektrod lain. Keupayaan elektrod ini ialah O V. Sin elektrod piawai.
hydrosulphidehidrosulfidaKimiaTiadaSebatian yang terbentuk daripada penggantian satu atom hidrogen daripada hidrogen sulfida dengan unsur atau radikal lain.
hydrogen electrodeelektrod hidrogenFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanElektrod daripada logam adi seperti platiinum yang mempunyai permukaan luas dan diliputi oleh gas hidrogen di dalam larutan ion hidrogen yang tepu dengan gas hidrogen. Elektrod ini digunakan sebagai elektrod piawai dengan keupayaan sifar untuk mengukur keaktifan ion hidrogen.
alkaline waterair beralkaliKimiaTiadaAir mineral yang mengandung natrium hidrogen karbonat dan kadang-kadang terdapat juga litium hidrogen karbonat dan kalium hidrogen karbonat.
alkaline waterair berakaliKimiaTiadaAir mineral yang mengandungi natrium hidrogen karbonat dan kadang-kadang terdapat juga litium hidrogen karbonat dan kalium hidrogen karbonat.
Rideal Elley mechanismmekanisme Rideal elleyKejuruteraanKejuruteraan KimiaMekanisme yang mencadangkan proses penukaran hidrogen dari para ke orto di atas mangkin tungsten yang berlaku melalui penukaran atom hidrogen dan deuterium di dalam molekul hidrogen itu sendiri. Molekul hidrogen terjerap dengan longgarnya secara penjerapan kimia pada permukaan mangkin.
atomic hydrogenhidrogen atomKimiaTiadaHidrogen berbentuk atom yang diperoleh apabila molekul hidrogen tercerai melalui pemanasan atau penyahcasan elektrik pada tekanan rendah.
active hydrogenhidrogen aktifKimiaTiadaAtom hidrogen yang diperoleh apabila molekul hidrogen tercerai melalui pemanasan, atau penyahcas elektrik pada tekanan rendah.
hydrogen ionion hidrogenMatematikTiadayang terhasil apabila atom hidrogen neutral menawan elektron bebas. Kewujudan ion hidrogen neutral di dalam atmosfera suria merupakan salah satu sebab utama matahari menjadi legap atau tidak lut sinar.
12345678910...

Kembali ke atas