Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.klo.rik] | هيدروکلوريک

Definisi : (Kim) mengandungi hidrogen dan klorin: asid ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidroklorik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASID HIDROKLORIK

Asid hidroklorik ialah bahan kimia berbahaya

yang mempunyai banyak kegunaan industri yang

penting. Asid ini ialah cecair yang tidak berwarna

dengan bau yang merengaskan. Asid ini

membentuk wasap apabila didedahkan pada

udara, bersifat sangat menghakis dan boleh

menyebabkan luka melecur yang teruk.

UMUM 
AKUA REGIA

Akua regia ialah campuran asid nitrik dan asid

hidroklorik. Ia penting dalam kaji logam dan kimia

kerana ia melarutkan logam seperti platinum dan

emas.

UMUM 
DEKSTROSA

Dekstrosa ialah nama yang digunakan dalam

industri bagi gula glukosa kristal tulen. Ia biasanya

dijual dalam bentuk granul (butir) halus dan

putih. Dekstrosa dihasilkan secara komersial

dengan merawat kanji dengan enzim amilase atau

memasukkan kanji ke dalam air yang bercampur

dengan larutan asid hidroklorik cair.

UMUM 

Kembali ke atas