hydrometeorology | hidrometeorologi | Sains | Hidrometeorologi | 1. Bahagian meteorologi yang berkaitan dengan hidrologi, terutamanya kawalan banjir, kuasa hidroelektrik, pengairan, dan bidang kejuruteraan dan sumber air yang serupa. 2. Gabungan hidrologi dan meteorologi. |
hydrometeorology | hidrometeorologi | Geologi | Tiada | Kajian tentang fasa atmosfera dan daratan dalam kitaran hidrologi dengan menitikberatkan saling hubungan yang terlibat. |
hydrometeorology | hidrometeorologi | Geografi | Tiada | Kajian tentang fasa atmosfera dan daratan dalam kitaran hidrologi dengan menitikberatkan saling hubungan yang terlibat. |
hydrometeorology | hidrometeorologi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
hydrometeorologic | hidrometeorologi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
hydrometeorological data | data hidrometeorologi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
hydrometeorologic parameter | parameter hidrometeorologi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
ablation | ablasi | Sains | Hidrometeorologi | 1. Proses gabungan, seperti pemejalwapan, peleburan, dan penyejatan, yang memindahkan salji atau ais dari glasier atau dari medan salji. Istilah ini juga digunakan untuk menyatakan kuantiti salji atau air yang hilang akibat porses di atas. 2. Bagi litupan salji, pengurangan kesetaraan air oleh peleburan, penyejatan, angin dan avalanche. |
aerosol | aerosol | Sains | Hidrometeorologi | Sistem koloid yang fasa seraknya terdiri daripada zarah pepejal atau cecair dalam medium gas, biasanya udara. Saiz zarah fasa serak tidak mempunyai had atas yang jelas tetapi, seperti dalam semua sistem koloid, saiz ini biasanya ditetapkan pada 1mm . Jerebu, kebanyakan asap, dan sesetengah kabut dan awan boleh dianggap sebagai aerosol. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak begitu sesuai digunakan untuk awan biasa yang mempunyai titisan yang besar dan tidak menepati konsep kestabilan koloid. Istilah ini juga tidak sesuai digunakan bagi zarah terserak sahaja kerana aerosol merupakan sistem gabungan fasa serak dengan mengambil kira medium serak. |
albedo | albedo | Sains | Hidrometeorologi | Keupayaan pemantulan sesuatu permukaan, iaitu nilai pecahan sinaran tuju (keseluruhan spektrum atau monokromatik) yang dibalikkan oleh permukaan itu. |