Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.jau] | هيجاو

Definisi : 1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.jau] | هيجاو

Definisi : warna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. penghijauan perihal atau perbuatan menghijaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah

Puisi
 

Hijau-hijau daun keladi,
     Mari makan di pagi hari;
Hendak dikesal tak guna lagi,
     Cari lain sebagai ganti.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Air laut hijau siapa celup?

Bermaksud :

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green metricmetrik hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauUkuran berasaskan aspek proses yang berkaitan dengan prinsip kimia hijau. Metrik hijau digunakan untuk mengukur kecekapan atau prestasi keseluruhan atau sebahagian sesuatu proses kimia. Sinonim metrik kimia hijau.
green manufacturingpengilangan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauLihat pembuatan hijau.
green chemistry metricmetrik kimia hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauLihat metrik hijau.
amazoniteamazonitGeologiTiadaVarieti mikroklin yang berwarna hijau epal, hijau cerah, atau hijau biru dan kadang-kadang digunakan sebagai batu permata.
green rating systemsistem penarafan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem yang dibangunkan untuk menilai kemampanan projek pada semua peringkat kitar hayat alam sekitar. Penilaian merangkumi fasa perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi. Contohnya, penarafan bintang hijau dan indeks bangunan hijau.
green productproduk hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProduk yang kurang memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar atau boleh memudaratkan hidupan. Produk hijau boleh dihasilkan daripada komponen yang dikitar semula atau secara mesra alam. Produk tersebut dipasarkan dengan cara pembungkusan hijau dan/atau boleh dihasilkan daripada bahan tempatan untuk mengurangkan jejak karbon.
green productionpembuatan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPengilangan yang dapat mengurangkan penggunaan sumber asli, mengoptimumkan pemprosesan produk, mengurangkan pencemaran dan penghasilan sisa, mengamalkan kitar semula dan guna semula serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Sinonim pengilangan hijau.
green buildingbangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStruktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum.
green synthesissintesis hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenghasilan produk dengan mengamalkan prinsip kimia hijau, contohnya penghasilan ibuprofen.
green industryindustri hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauUsaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan mempromosi ekonomi yang mampan. Industri hijau merangkumi penggubalan dasar, proses pengeluaran perindustrian yang lebih baik dan penggunaan sumber yang efisien.
12345678910...

Kembali ke atas