Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; 2. = tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~; berhijrah berpindah, meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: pemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar untuk mencari rezeki yg lebih baik; menghijrahkan memindahkan (diri dll); penghijrahan perihal menghijrahkan (pe­min­­dah­an dr satu tempat ke tempat lain); perhijrahan perbuatan atau perihal berhij­rah, perpindahan; pehijrah orang yg berhijrah: bakal-bakal ~ yg hendak mendapatkan perlindungan di­plo­ma­tik membanjiri pekarangan kedutaan itu (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. berhijrah 1 berpindah dr Mekah ke Madinah (bkn Nabi Muhammad SAW). 2 meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: Mereka ~ ke bandar utk mencari pekerjaan. menghijrahkan memindahkan (tentera dsb) ke tempat lain. perhijrahan perbuatan atau hal berhijrah; perpindahan. penghijrahan perbuatan atau hal menghijrahkan; pemindahan. penghijrah orang yg berhijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , = tahun ~ tahun yg dikira dr tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hijrah
Kata Terbitan : berhijrah, menghijrahkan, penghijrahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'hayati erti hijrah dengan penuh keimanan&ketaqwaan' atau 'hayati semangat hijrah dengan penuh keimanan& ketaqwaan' ayat manakah yang lebih gramatis?Kedua-dua ayat tersebut membawa makna yang berbeza. Erti hijrah ingin mengungkap makna, maksud, takrif hijrah itu manakala semangat hijrah pula ialah kemahuan untuk melakukan sesuatu atau perasaan hati terhadap erti hijrah tersebut. Maka, untuk memilih ayat yang lebih gramatis tidak adil kerana kedua-duanya memberi makna yang berbeza. Sekian.Lain-lain12.01.2007
1. Ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan perkataan `HIJRAH'. Mabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah Apakah untuk sebutan tahun digunakan Hijrah atau `HIJRIAH' seperti tahun 1437 Hijrah atau 1437 Hijriah. 2. Ejaan `Mekah' atau `Makkah'. Ejaan mana yang sesuai untuk ditulis dalam buku sejarah agama Islam yang sedang saya sunting?Selamat Tengah Hari
1. Ejaan yang betul Hijrah (Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah).
2. Menurut data kami, kedua-dua bentuk ejaan Mekah atau Makkah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam buku pendidikan Islam DBP, ejaan Makkah digunakan.

Sekian, terima kasih.
Istilah10.06.2016
Salam maal hijrah pihak KNDBP, saya ingin bertanya, muslim dieja dengan "Muslim" atau "muslim", m kecik @ besar, terima kasih
Menurut data kami, perkataan Muslim ditulis awalannya dengan huruf besar kerana Muslim ialah kata nama khas yang bermaksud orang lelaki yang beragama Islam.
Ejaan01.10.2016
Panduan ejaan berkaitan dengan awalan `Al’. Apakah panduan yang tepat untuk menulis kata penentul `Al’ bagi beberapa kategori perkataan seperti: Al-Maunah atau Al Maunah atau Almaunah, Al-Hijrah atau Al Hijrah atau Alhijrah dsbnya.Perkataan Arab "al" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali dan sebagainya.Lain-lain18.12.2017
1.Makna Hijrah.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.Makna29.10.2009
Mohon Semakan tatabahasa mengenai maklumat korporat Surau Al-Hijrah di lampiran fail. Setiausaha Jawatankuasa Surau Al-HijrahLihat Lampiran.Tatabahasa24.11.2015
Tuan, mana satu tulisan yang betul melibatkan M atau H bagi tahun masihi dan hijrah: - 4 Oktober 2021M bersamaan 27 Safar 1443H; - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443; atau - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443HTidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja.Lain-lain04.10.2021
saya ingin membuat iklan al hijrah cafeUntuk pengesahan iklan sila hantar permohonan melalui www.prpm.dbp.gov.my . Klik e-Perkhidmatan, kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Sila isi borang pendaftaran dan tunggu kata laluan yang akan dihantar melalui e-mel. Setelah pendaftaran disahkan, isi borang permohonan dan lampirkan visual iklan dalam bentuk jpeg tau gif.Tatabahasa26.11.2014
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa???Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang  banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. Makna06.08.2008
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi?

Salam Maal Hijrah 1432,

Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk  identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang  menyerap masuk nilai-nilai  Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi  subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan  mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada  modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003).  Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu  sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724.

 

Salam takzim.

Lain-lain04.12.2010
12

Kembali ke atas