Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ka.yat] | حکايت

Definisi : Ar 1. cerita (khasnya cerita-cerita lama), cerita-cerita lama dlm bentuk prosa: ~ Merong Maha Wangsa; 2. riwayat, sejarah: ~ Iskandar Zulkarnain; ~ hidup sejarah hidup; berhikayat bercerita, beriwayat; menghikayatkan menceritakan atau me­ngisah­kan sesuatu: adapun dihikayatkan orang yg empunya hikayat …. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ka.yat] | حکايت

Definisi : 1 cerita lama: ~ Merung Maha Wangsa. 2 sejarah; riwayat: ~ Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hikayat
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :riwayat

Puisi
 

Cik Malik mengarang bunga,
     Mari karang tali rotan;
Minta tabik pada semua,
     Saya nak karang hikayat syaitan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya seorang penduduk Singapura yang minat dengan kesusasteraan Melayu klasik. Namun, koleksi hikayat-hikayat dan syair-syair lama yang terbesar tersimpan di Perpustakaan Kebangsaan Singapura, dan tidak boleh dipinjam. Kebanyakannya terbitan DBP. Masihkah DBP menerbit sastera Melayu klasik dan bolehkah mereka didapati di kedai-kedai buku Malaysia atau Singapura?Buku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain07.11.2015
selamat sejahtera.. saya ingin mengajukan soalan berkenaan kesusasteraan hikayat. mengapakah pihak DBP idak banyak menjalankan kajian mengenai unsur hindu dalam hikayat-hikayat yang lahir pada zaman transisi? respons amat diharapkan.terima kasihUntuk makluman saudari, pihak DBP telah melakukan pelbagai kajian tentang tentang perkembangan kesusasteraan tradisional termasuk sastera hikayat. Untuk mengetahui lebih lanjut, saudari sila rujuk salah satu buku yang diterbitkan oleh DBP, iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional, 2006.Lain-lain01.08.2008
Definisi Sastera PanjiSastera Panji adalah karya-karya berbentuk hikayat yang secara umum berkisar di sekitar pengembaraan dan percintaan watak utamanya. Antara contoh karya Sastera Panji ialah Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Hikayat Panji Semirang, Cerita Damar Wulan dan lanin-lain.Lain-lain22.11.2007
Dimana dan bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku Hikayat Sri RamaDi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP terdapat 2 koleksi Hikayat Sri Rama. Iaitu : 1.Hikayat Sri Rama Ikram, Achadiati Universitas Indonesia 1980. 2. Hikayat Sri Rama Ikram,Achadiati University of Illinois Press. Saudara boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan jika hendak membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP .Lain-lain02.11.2007
Saya berminat tentang sebuah karya klasik Melayu lama berjudul Hikayat Raja Muda, bolehkah saya dapatkan maklumat dan nasihat mengenainya?

Hikayat Raja muda ialah salah sebuah cerota Penglipur Lara. Hikayat ini telah diceritakan semula oleh Pawang ana dan dicatat oleh Raja Haji Yahya dari Perak. Hikayat ini kemudian telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1964 berdasarkan naskhah R.O Winstesdt dan A.J Sturrock. Untuk membuat rujukan tentang Hikayat Raja Muda ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3 DBP, Kuala Lumpur atau ke Perpustakaan Negara Malaysia.

 

Lain-lain29.09.2008
Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi?

Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran.

Lain-lain31.05.2010
Adakah kata ganti diri "hamba " terutamanya golongan yang hina dina boleh digunakan ketika menghadap Sultan atau raja ? contohnya: "Ampun tuanku, hamba yang hina dina ini menjunjung duli," kata nelayan tua itu kepada Sultan Alaudin Shah.Kata ganti nama yang digunakan semasa menghadap sultan ialah patik. Kata hamba dina biasanya digunakan dalam hikayat-hikayat lama. Tatabahasa23.03.2008
Saya berminat sangat dan berharap pihak dewan bahasa dan pustaka akan menerbitkan semula buku2 lama seperti hikayat hang tuah dan diedarkan secara komersial supaya lebih mudah didapati.. Sebagai tambahan saya berharap laman sesawang untuk dewan bahasa dan pustaka dapat lebih ditambah baik supaya lebih menarik dengan grafiknya dan lain2 supaya masyarakat lebih minat untuk singgah ke halaman sesawang dewan bahasa dan pustakaBuku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP.Lain-lain06.07.2015
Cerita hikayat perlu sebagai saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak dan moral yang mulia. ayat ini ada apa-apa kesalahan ?Ayat yang dinyatakan betul.Tatabahasa16.07.2013
Selain naskhah Hikayat Misa Melayu, adakah Raja Chulan Ibn Raja Hamid pernah menghasilkan karya lain.Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Sastera20.08.2015
12345678

Kembali ke atas