Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ka.yat] | حکايت

Definisi : Ar 1. cerita (khasnya cerita-cerita lama), cerita-cerita lama dlm bentuk prosa: ~ Merong Maha Wangsa; 2. riwayat, sejarah: ~ Iskandar Zulkarnain; ~ hidup sejarah hidup; berhikayat bercerita, beriwayat; menghikayatkan menceritakan atau me­ngisah­kan sesuatu: adapun dihikayatkan orang yg empunya hikayat …. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ka.yat] | حکايت

Definisi : 1 cerita lama: ~ Merung Maha Wangsa. 2 sejarah; riwayat: ~ Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hikayat
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :riwayat

Puisi
 

Cik Malik mengarang bunga,
     Mari karang tali rotan;
Minta tabik pada semua,
     Saya nak karang hikayat syaitan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT PARANG PUTINGHIKAYAT PARANG PUTING, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini juga dikenal sebagai Hikayat Budak Miskin. Hikayat ini dipengaruhi dengan banyaknya unsur Hindu yang terdapat di dalamnya termasuklah dewa, kesaktian,alam kayangan dan sebagainya yang berasal daripada kitab Mahabharata. SASTERAKarya
HIKAYAT PATANIHIKAYAT PATANI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini tidak menyebut nama pengarangnya. Hikayat ini dibukukan oleh A. Teeuw dan D.K. Wyatt dengan judul Hikayat Patani, Bibliotheca Indonesia 5 pada tahun 1970 dan diterbitkan oleh Martinus Nijhoff. SASTERAKarya
HIKAYAT SI MISKINHIKAYAT SI MISKIN, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat yang mulanya berkembang sebagai cerita rakyat mempunyai nama lain, seperti Hikayat Marakarma, Hikayat Maharaja Marakarma dan Hikayat Anak Miskin. SASTERAKarya
HIKAYAT RAJA PASAIHIKAYAT RAJA PASAI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini mengisahkan sejarah negeri Pasai ketika negeri itu mula dibuka hinggalah Pasai jatuh diserang oleh Majapahit.SASTERAKarya
HIKAYAT RAJA KHANDAKHIKAYAT RAJA KHANDAK, sastera hikayat berunsur Islam. Hikayat ini dipercayai berasal dari Arab-Parsi. SASTERAKarya
HIKAYAT PANDAWA LIMAHIKAYAT PANDAWA LIMA, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini didasarkan kepada mss. Br. 2. (iaitu koleksi Brandes no. 2) yang terdapat di Perpustakaan Lembaga Kebudayaan Indonesia, di Jakarta. Naskhahnya berjumlah 274 halaman, yang paling tebal antara lapan naskhah tentang Pandawa yang tersimpan di perpustakaan yang sama.SASTERAKarya
HIKAYAT PELANDUK JENAKAHIKAYAT PELANDUK JENAKA, sastera hikayat yang tergolong dalam jenis cerita binatang. Hikayat ini termasuk dalam golongan hikayat Melayu yang tertua, iaitu sudah diketahui sebelum abad ke-18 lagi. SASTERAKarya
HIKAYAT HANG TUAH UMUM 
HIKAYAT PANDAWA SASTERAKarya
HIKAYAT PAHANG SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
12345678910...

Kembali ke atas