Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hik.mah] | حکمه

Definisi : 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecer­dikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di se­balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijak­sanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragam­kan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hik.mah] | حکمه

Definisi : 1 kebijaksanaan drpd Allah; kecerdikan: Kegiatan dakwah Islam hendaklah dijalankan dgn penuh ~.2 kelebihan atau tujuan sebenar di balik sesuatu perkara, kejadian dsb; hikmat: Rupa-rupanya ada ~ di balik kemalangan yg berlaku itu. berhikmah mempunyai hikmah; bijaksana: Cara yg ~ dilaksanakan dlm menangani masalah remaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hikmah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan kebijaksanaan: kebijakan, kebestarian, kecerdikan, kepandaian,

2. Bersinonim dengan rahmat: faedah, kebaikan, manfaat, fadilat, keuntungan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. mutiara kata atau kata mutiara? 2. hikmah kata atau kata hikmah ? 3. pembuka kata atau kata pembuka? 4. madah kata atau kata madah ?Perkataan yang betul ialah 1. mutiara kata 2. kata hikmah 3. pembuka kata  4. madahEjaan01.02.2012
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com

Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. 

Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu.

Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb).

Makna08.08.2009
Saya Aesah Yapha sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'HIKMAH' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terima kasih atas jawapannya.Kata ‘hikmah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainyaMakna22.09.2014
Salam. Saya ingin menyemak ejaan jawi untuk perkataan seperti halal, haram, hikmah, haji yang mana menggunakan ه di pangkal perkataan seperti: هلال، هرام، هج، هكمه dan bukannya menggunakan ح Adakah ejaan ini tepat kerana ada pendapat bahawa ejaan itu salah. Mohon penjelasan.Waalaikumussalam.  Ejaan Jawi yang betul ialah: 

Halal             حلال

Haram           حرام  

Haji                حج  

Hikmah        حکمە  

Untuk pengetahuan tuan, terdapat ejaan Jawi yang tidak tepat jika dirujuk pada PRPM. Untuk mendapatkan jawapan yang tepat, sila rujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI  EDISI KEDUA terbitan DBP.
Ejaan18.08.2017
Apakah maksud kata hikmah ini“membantu orang lain dengan harta,adalah perbuatan yang mulia.Membantu orang lain dengan ilmu,bagi sumber air mengalir terus.”?

Dari sudut ajaran Islam “membantu orang lain dengan ilmu, bagai sumber air mengalir terus” bermaksud ilmu yang baik dan bermanfaat yang diajarkan oleh seseorang kepada orang lain selagi ilmu tersebut diamalkan/dimanfaatkan, orang yang mengajarkan ilmu tersebut akan mendapat pahala yang berterusan.

Makna25.07.2021
"Sebelum ini telah disebut bahawa setiap huruf yang terdapat dalam al-Quran sudah semestinya membawa maksud dan hikmah yang tersendiri". "telah disebut" atau "telah disebutkan" dalam ayat di atas? bagaimana nak tahu bila nak letak imbuhan "kan" atau tidak? Dan secara umumnya, ayat di atas betul atau tidak keseluruhannya? terima kasih.

Kata terbitan disebut adalah betul. Awalan di-...  lazimnya membentuk kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga; manakala apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Untuk lebih memahami kedua-dua tajuk ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 176 dan 202. Disebut bermaksud dikatakan atau diceritakan. Dalam penulisan ilmiah penggunaan kata diterangkan dan dijelaskan adalah lebih sesuai berbanding dengan kata disebut itu.

Tatabahasa11.02.2011
Mohon ejaan Jawi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Tokku Paloh 2. Tok Kenali 3. Datok Bahaman 4. Baitul Hikmah Terima kasih. Wassalam.Seperti LampiranEjaan28.06.2013
Assalamualaikum, Adakah perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' perlu diletakkan huruf besar selepasnya? Contohnya: al-Rihal, al-hikmah, al-nisa dan sebagainya (yang membawa maksud umum) Terima kasih.Perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' sama sahaja sistem penggunaan huruf besar atau kecil dalam teks.  Jika penggunaan 'al' itu merupakan kata nama, maka diletakkan huruf besar selepasnya, jika bukan, maka huruf kecil digunakan.Ejaan25.02.2020
Peribahasa 'jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagunya' dan 'usaha tangga kejayaan', adakah perbezaan antara kedua-dua peribahasa tersebut? Jika ada, boleh tuan terang dengan lebih lanjut? Terima kasih.Usaha tangga kejayaan ialah slogan atau kata-kata hikmah yang membawa makna paling hampir dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Makna06.09.2017
Soalan lain beritan dengan karangan Bagaimanakah menulis karangan yang lebih menarik? Bolehkah saya tahu akan beberapa tip menulis karangan yang menarik?
Untuk menghasilkan karangan yang lebih menarik, puan disarankan supaya membaca lebih banyak bahan bacaan ilmiah dan kerap membuat latihan menulis karangan. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang menarik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah, disokong dengan pembentukan ayat yang kreatif dan berkesan melalui kosa kata yang tepat, serta mempunyai pengetahuan tentang frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan kata-kata hikmah

Puan juga boleh merujuk buku berkaitan penulisan karangan seperti buku Petua Pintar Karangan Cemerlang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017; buku Siri Pendidikan Bahasa: Cara Terbaik Menulis Karangan SPM, Abdul Ghalib Yunus, ALex Leong Jun Wei, Wong Hooi Mun, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019; Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma, Publications 2004; buku Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu, Marohaini Yusoff, Penerbit Universiti Malaya 2004.

Lain-lain14.01.2021
12

Kembali ke atas