ecmnesia | ekmnesia | Perubatan | Tiada | Hilang ingatan tentang kejadian-kejadian yang baru berlaku, tetapi tidak pada kejadian-kejadian yang telah lama berlaku. |
amnesia | amnesia | Perubatan | Tiada | Lupa atau hilang ingatan akibat punca organik atau psikologi |
amnestic syndrome | sindrom amnesia | Perubatan | Tiada | Sindrom lupa atau hilang ingatan |
anterograde amnesia | amnesia anterogred | Perubatan | Tiada | Keadaan pesakit yang hilang ingatan mengenai sesuatu kejadian dalam jangka masa tertentu. Keadaan ini berlaku selepas pengambilan ubat jenis benzodiazepina seperti midazolam dan nitrazepam. |
relaxation time | masa perehatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Masa sistem molekul hilang ingatan pada keadaan awal apabila bergerak dalam keadaan rawak. Andaian ini dibuat untuk memudahkan analisis sistem perjalanan molekul pada tahap molekul. |
anxiolytic | anziolitik | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunakan untuk merawat gangguan keresahan umum, insomnia dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih tenang dan bekerjasama. Kesan sampingan daripada pengambilan ubat ini ialah mengantuk, lesu, hilang ingatan dan hilang kebergantungan fizikal. Contoh ubat ialah Midazolam dan Diazepam. |
chlordane poisoning | keracunan klordan | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan 1 g - 3 g klordan, iaitu insektisid berklorin yang mempunyai had pendedahan 0.5 mg/m3 . Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar dan konvulsi. Gejala akibat keracunan ini termasuk keletihan, lemah badan, hilang selera makan, rabun, hilang ingatan, mengantuk, parestesia, terketar-ketar, koma, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut mengakibatkan kekeliruan, racauan, loya, konvulsi dan akhirnya mati. Keracunan kronik pula menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Perubahan patologi termasuk kesesakan, edema, dan perdarahan petekia dalam paru-paru, buah pinggang, dan otak. Buah pinggang juga menunjukkan kerosakan pada sel bahagian tubul. |
bromide poisoning | keracunan bromida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan dalam tempoh yang lama sebatian bromida yang digllnakan dalam perawatan epilepsi, sebagai sedatif dan sebagai depresan sistem saraf pusat. Contoh sebatian bromida yang digunakan ialah natrium bromida, kalium bromida, ammonium bromida, dan karbromal. Ketoksikan boleh berlaku pad a aras bromida darah melebihi 0.2 mg/rnL. Kepekatan toksik ialah 0.5 mg/mL. Tanda utama keracunan bromida ialah kekeliruan mental. Bagi keracunan akut, dos besar menyebabkan loya dan muntah, sakit abdomen, koma dan kelumpuhan. Keracunan kronik akibat dos berlebihan menyebabkan kekeliruan, kerengsaan, terketar-ketar, hilang ingatan, anoreksia, sakit kepala, pertuturan tidak jelas, delusi, kelakuan psikotik, ataksia, stupor, dan koma. Penemuan patologi ialah pneumonia dan edema pulmonari. Sinonim brominisme. |
RAM (random access memory) | RAM (ingatan capaian rawak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Ingatan yang boleh dibaca, ditulis dan diubah. Ingatan ini merupakan ingatan utama bagi sesebuah mikrokomputer. Kandungan ingatan ini hilang apabila bekalan kuasa diputuskan. |
decay theory | teori reputan | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu maklumat dalam ingatan individu yang akan lupus, terutama sekiranya tidak digunakan. Semakin lama, ingatan menjadi semakin kurang sehingga akan hilang sama sekali. Contohnya, ingatan terhadap nombor pin bank sekiranya tidak digunakan dalam jangka waktu yang lama, akan menyebabkannya luput dari ingatan. |