Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke sana ke mari, pergi balik; sehilir semudik satu tujuan, sefahaman, se­halu­an; menghilir mudik berbuat sekehendak hati; ber­jalan ~ berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); menghilirmudikkan melakukan (memper­­buat) sesuatu sekehendak hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilir
Kata Terbitan : hilir-mudik, sehilir semudik,
Rujuk :muara;,

Puisi
 

Hilir mudik batang berdahan,
     Batang mengkudu pecah uratnya;
Haus lapar dapat kutahan,
     Hati rindu apa ubatnya?


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Nan berat tidak terpikul,
     nan ringan tidak terjinjing.

Bermaksud :

Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mudik sebulakan, di hilir semuara.Persatuan yang kukuh. bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir.Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas