Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[him.pu.nan] | هيمڤونن

Definisi : kumpulan: sebuah ~ puisi; anali­sis yg menghuraikan sekumpulan ayat mela­lui satu ~ data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[him.pu.nan] | هيمڤونن

Definisi : sesuatu yg dikumpulkan; kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Mereka akan mengadakan himpunan pada 7 Mac 2009.” Ayat seperti ini saya temukan (temui?) dalam blog. Persoalannya, kata yang lazim digunakan ialah “perhimpunan” dan bukan “himpunan”. Benarkah penggunaan kata “himpunan” dalam ayat ini tepat?Sdr. Miarmgu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Dalam penggunaan  perhimpunan adalah lebih tepat
kerana mengikut pengertian yang diberikan berikut makna himpunan,ialah timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu;Kamus Dewan Edisi Empat
Makna23.02.2009
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, “kesebelas-belas” itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah “kesebelasan”. Namun demikian, maksud “kesebelasan” yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah “Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, “Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu.” Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

Encik Boh,

Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan.

Tatabahasa07.06.2010
Apalkah kesalahan dalam ayat di bawah? 1)Himpunan buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.Ayat yang betul ialah Himpunan buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau Buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Himpunan buku-buku... penggunaan perkataan yang lewah kerana himpunan menunjukkan banyak buku sama seperti buku-buku.
Tatabahasa10.04.2013
Assalamualaikum. Adakah himpunan nama-nama indah bagi tempat dan bangunan yang pernah dikeluarkan oleh pihak DBP
Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang antaranya memuatkan senarai nama bunga, pokok, haiwan dan sebagainya. Buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP atau melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092


  atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my/

Lain-lain24.08.2022
Adakah projek himpunan kata sastera melayu lama masih diteruskan oleh DBP? Saya hanya dapat mencapai abjad A, B dan S sahaja dalam laman web DBP.Untuk makluman tuan, projek tersebut sudah tidak diteruskan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera DBP. Tuan boleh menghubungi bahagian tersebut untuk maklumat lanjut. Sastera30.10.2018
Assalamualaikum wbt, Terus kepada pertanyaan. Saya ingin menulis buku mengenai himpunan pantun-pantun yang diucapkan di dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu saya ingin tahu, berapa banyakkah jumlah (himpunan) pantun yang perlu ada sebagai salah satu syarat umum untuk dapat diterbitkan sebagai "Buku Himpunan Pantun" tersebut. Untuk makluman tuan/puan, saya tiada bidang kelayakan segi bahasa secara khusus. Saya bekerja sebagai Pegawai Penerbitan Kanan di Parlimen Malaysia dan bertanggungjawab atas penerbitan Laporan Penyata Rasmi Parlimen. Saya sudah bekerja hampir 15 tahun. Oleh itu saya mempunyai akses sahih atas ucapan-ucapan pantun tersebut. Mohon penerangan. Terima kasih

Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berhasrat menghimpunkan pantun daripada para pemimpin negara kita. Kami yakin, pantun-pantun mereka amat bermakna dan penting untuk didokumentasikan dalam bentuk buku. DBP amat mengalu-alukan usaha puan dan bersedia menimbangkan penerbitan buku tersebut.

Tebal manuskrip pantun tersebut adalah dalam 200 hingga 300 halaman kertas A4, yang mengandungi kira-kira 800 - 1200 rangkap pantun.

Lain-lain23.02.2011
saya memiliki himpunan sajak-sajak yang saya tulis. ada yang pernah dihantar dan diterbitkan di majalah. bagaimanakah jika saya ingin menerbitkan himpunan sajak saya itu dalam bentuk buku untuk diterbitkan agar dapat dikongsi.saudara bolehlah menghubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain26.05.2009
Salam sejahtera, apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk ''korpus'' atau ''corpus'' yang dipinjam dalam bahasa Inggeris? dan dalam bahasa Melayu Indonesis, ''korpus'' diistilahkan sebagai ''kumpulan tulisan''. Kalau bahasa Melayu Indonesia boleh mencipta istilah sendiri, kenapa bahasa Melayu tidak boleh? Oleh itu, saya rasa istilah bahasa Melayu yang sesuai boleh dicipta seperti ''himpunan tulisan'' atau ''himpunan makalah'' ataupun ''himpunan rencana'' untuk ''korpus'' dalam bahasa Inggeris.Korpus merupakan terjemahan perkataan corpus dalam bahasa Melayu. Perkataan corpus itu sendiri berasal daripada bahasa Latin dan bukanlah kata jati bahasa Inggeris. Kita boleh juga menggunakan perkataan "kumpulan tulisan" atau "kumpulan makalah" kerana itulah maksud yang terkandung dalam makna kata korpus.Istilah06.11.2015
Bersama-sama tergolong dalam golongan kata apa? Adakah Kata Bilangan Himpunan?Kata "bersama-sama" bukan tergolong dalam Kata Bilangan Himpunan.  Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.  Contoh Kata Bilangan yang membawa maksud bilangan ialah: beratus-ratus, ketiga-tida, berabad-abad.
Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkataan "sama-sama" termasuk dalam Kata Adverba penggandaan penuh.  Walau bagaimanapun kami tidak mempunyai maklumat untuk perkataan "bersama-sama"
Tatabahasa15.08.2016
“beratus-ratus” bersifat tidak tentu kerana ia bermaksud beberapa ratus menurut kamus Dewan dan tidak mempunyai nilai yang spesifik seperti tiga ratus. Persoalannya,kenapa “beratus-ratus” dikategorikan sebagai kata bilangan himpunan dalam buku Tatabahasa Dewan dan bukan dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu?Apakah ciri yang membezakan kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu?Kata bilangan himpunan merujuk kumpulan benda dan lazimnya dalam bentuk kata ganda. Pada asalnya kata bilangan ini merupakan kata bilangan tentu seperti 100 orang dan 1000 guni beras tetapi telah mengalami penggandaan mengakibatkan ia terkeluar daripada kategori kata bilangan tentu. Walau bagaimanapun perkataan tersebut tidak boleh dikategorikan kata bilangan tak tentu kerana tidak setara dengan perkataan yang lain seperti semua, para dan banyak.Tatabahasa11.08.2020
1234567

Kembali ke atas