Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[him.pu.nan] | هيمڤونن

Definisi : kumpulan: sebuah ~ puisi; anali­sis yg menghuraikan sekumpulan ayat mela­lui satu ~ data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[him.pu.nan] | هيمڤونن

Definisi : sesuatu yg dikumpulkan; kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assemblagehimpunanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiHimpunan pelbagai artifak yang berdekatan antara satu sama lain, yang ditemui pada lapisan budaya yang sama. Sekiranya terdapat satu jenis himpunan sahaja, himpunan ini boleh ditafsirkan sebagai satu industri, Sekiranya lebih, himpunan ini dikenali sebagai budaya. Fungsinya adalah untuk membuktikan wujudnya kegiatan manusia, Contohnya, di Gua Kechil (Pahang) dan Gua Madai (Sabah). Sinonim asemblaj.
critical assemblyhimpunan genting; pemasangan gentingKejuruteraanTiadaHimpunan genting: Himpunan bahan mudah belah beserta dengan penyederhana yang mampu meneruskan tindak balas rantai pembelahan pada aras kuasa yang rendah.
assembly languagebahasa himpunanTeknologi MaklumatPerisianBahasa komputer paras rendah yang menggantikan nama abjad angka dengan kod pengendali dan alamat yang terdapat dalam bahasa mesin. Utiliti himpunan akan menterjemah kod sumber bahasa himpunan ini baris demi baris kepada kod perduaan yang boleh dilaksanakan. Kod yang dijanakan oleh penghimpun ini hanya boleh dilaksanakan oleh satu jenis atau satu kelompok mesin sahaja. Bahasa himpunan adalah khusus untuk satu jenis UPP sahaja, sebaliknya satu UPP boleh mengandungi beberapa bahasa himpunan yang ditulis padanya.
cumulative audiencekhalayak himpunanKomunikasiKorporatJumlah pelbagai individu yang mendengar dan menonton sesebuah rancangan radio atau televisyen. Khalayak himpunan juga merujuk kepada jumlah nombor kepelbagaian individu yang terdedah kepada sesebuah iklan atau kempen dalam sesuatu tempoh masa siaran. Jumlah khalayak himpunan akan menentukan harga ruang atau waktu siaran dan tempoh iklan. Untuk mendapatkan maklumat mengenai khalayak himpunan yang wujud dalam sesuatu tempoh masa, agensi media atau stesen siaran boleh mendapatkannya daripada agensi penyelidikan khalayak. Khalayak himpunan dikenali juga sebagai capaian berganda.
Schmidt orthogonalization processproses pengortogonan SchmidtFizikMekanik KuantumProses untuk menukar sebarang himpunan vektor ortogon kepada himpunan vektor ortogon yang ortonormal.
measuring assemblyhimpunan ukurKejuruteraanTiadaHimpunan satu atau lebih pengesan sinaran dan unit asas yang berkaitan untuk mengukur kuantiti sinaran pengionan.
safety assemblyhimpunan keselamatanKejuruteraanTiadaHimpunan yang boleh bertindak secara automatik bagi menjamin keselamatan reaktor.
subcritical assemblyhimpunan subgentingKejuruteraanTiadaHimpunan bahan mudah belah dan penyederhana yang mencapai keadaan subgenting.
radioprospecting assemblyhimpunan radiocarigaliKejuruteraanTiadaHimpunan untuk tujuan carigali radiometri berdasarkan pada pengesanan keradioaktifan.
assemblypemasangan; himpunanKejuruteraanTiada3. Himpunan: Set peralatan yang perlu dan cukup untuk memberi fungsi yang menyeluruh.
12345678910...

Kembali ke atas