Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.na] | هينا

Definisi : 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.na] | هينا

Definisi : 1 tidak mulia kedudukannya; rendah tarafnya: Mereka memandang kami sangat ~ spt anjing. 2 tidak sopan; tidak manis (bkn kelakuan atau perbuatan); keji: Perbuatan itu sangat ~. menghina memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang. ~ mahkamah a. tidak patuh pd keputusan atau proses mahkamah. b. melakukan perbuatan biadab terhadap mahkamah. terhina telah dihina; berasa keji: Dia berasa ~ dikata-katai begitu. kehinaan keadaan hina; kekejian: Ia jatuh ke lembah ~. penghinaan perbuatan atau hal menghina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Bermaksud :

Orang hina merasa dirinya mulia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekalihina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan).Makna26.12.2006
orang yang paling hinaOrang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin.Lain-lain17.12.2006
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apaBintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa.Makna13.12.2006
1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih!

Golongan kata

1.  optimis - kata adjektif dan kata nama

  2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja

3. idealis - kata nama

Ayat

1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara.

2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia.

3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri.

4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan.

Tatabahasa07.03.2010
Adakah kata ganti diri "hamba " terutamanya golongan yang hina dina boleh digunakan ketika menghadap Sultan atau raja ? contohnya: "Ampun tuanku, hamba yang hina dina ini menjunjung duli," kata nelayan tua itu kepada Sultan Alaudin Shah.Kata ganti nama yang digunakan semasa menghadap sultan ialah patik. Kata hamba dina biasanya digunakan dalam hikayat-hikayat lama. Tatabahasa23.03.2008
Apakah istilah "hate speech" dalam Bahasa Melayu?Kami mencadangkan hate speech diterjemahkan kepada ucapan hina atau bahasa hina jika bersesuaian dengan konsep yang tuan maksudkan.Penyemakan dan penterjemahan30.10.2017
adakah aib dan malu suatu perkara yang sama?
Aib bermaksud rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan. 

Malu pula bermaksud berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu.

Berdasarkan maksud tersebut, aib dan malu mempunyai makna yang hampir sama. 
Makna07.05.2021
maluAntara maksud malu merujuk Kamus Dewan ialah 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya.Makna29.01.2010
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh)  ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka­-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, meman­dang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll).Tatabahasa10.09.2013
Saya menemui perkataan "Pacal kerical" di dalam kamus DBP yang bermaksud hamba yang hina. bolehkah perkataan ini dijadikan kata kerja. contoh: Memacal kericalkan. terima kasih.Dari segi pembentukan kata bahasa Melayu, kata nama seperti pacal kerical boleh menjadi kata kerja dengan menambah imbuhan pada kata nama tersebut. Contoh kata terbitannya ialah kata memacalkericalkan, dipacalkericalkan atau berpacal kerical. Jika kata terbitan tersebut menerima imbuhan apitan maka kata tersebut dieja rapat, tetapi jika kata tersebut menerima imbuhan awalan sahaja, kata tersebut dieja jarak seperti berpacal kerical.Tatabahasa07.09.2023
123

Kembali ke atas