Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = se­hingga, hinggakan, sehinggakan sam­pai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut; menghinggakan, memperhinggakan me­­netap­kan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan; terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; perhinggaan batas (batasan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1 garis yg penghabisan atau ter­akhir; batas: Tiap-tiap sesuatu ada ~nya. 2 sampai ke had tertentu: Mesyuarat itu berlangsung dr pukul sepuluh pagi ~ pukul dua belas tengah hari. 3 = sehingga sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. berhingga ada batas atau hadnya; berbatas: Air matanya bercucuran tidak ~ spt air hujan. menghinggakan menentukan batas atau hadnya; mengehadkan. terhingga terbatas; terhad: Kerajaan telah membelanjakan wang yg tidak ~ banyaknya utk pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Putus benang boleh dihubung,
     putus arang bercerai lalu.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan hingga kini hanya wujud dalam bentuk cip litar Clipper dan tidak wujud dalam bentuk perisian. algoritma RC2/RC4 (Ig. RC2/RC4 algorithm; Br. algoritma RC2/ RC4; Id. algoritma RC2/RC4) Dua jenis algoritma penyulitan berbeza yang dihasilkan sebagai produk penyulitan. Algoritma RC2 ialah sifer blok yang menggunakan kekunci bersaiz antara 8 hingga 128 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 18 kitaran penyulitan. RC2 digunakan sebagai kaedah alternatif kepada algoritma DES untuk penyulitan umum dan hampir tiga kali lebih laju

Kembali ke atas