Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = se­hingga, hinggakan, sehinggakan sam­pai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut; menghinggakan, memperhinggakan me­­netap­kan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan; terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; perhinggaan batas (batasan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1 garis yg penghabisan atau ter­akhir; batas: Tiap-tiap sesuatu ada ~nya. 2 sampai ke had tertentu: Mesyuarat itu berlangsung dr pukul sepuluh pagi ~ pukul dua belas tengah hari. 3 = sehingga sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. berhingga ada batas atau hadnya; berbatas: Air matanya bercucuran tidak ~ spt air hujan. menghinggakan menentukan batas atau hadnya; mengehadkan. terhingga terbatas; terhad: Kerajaan telah membelanjakan wang yg tidak ~ banyaknya utk pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Putus benang boleh dihubung,
     putus arang bercerai lalu.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bohemian topaztopaz BohemiaGeologiTiadaSejenis kuarza habluran yang lut sinar, berwarna kuning hingga coklat, hingga hampir-hampir menyerupai topaz dari segi warnanya, dan dapat dihasilkan dengan memanaskan ametis atau kuarza asap yang berwarna gelap.
siderolitesiderolitMatematikTiadaMeteorit berbatu besi yang terdiri daripada 25% hingga 50% besi, 2% hingga 4% nikel, silikon dan magnesium oksida, dan sedikit natrium, kalsium aluminium, mangan dan unsur yang lain.
dibucaine number (DN)nombor dibucaine (DN)PerubatanTiadaPeratus penghambatan enzim kolinesterase plasma oleh larutan dibucaine 10-5 molar. Julat DN normal ialah antara 75 hingga 85. Pesakit dengan DN antara 40 hingga 60 akan mengalami apnea berpanjangan selama lebih kurang 30 hingga 60 minit. Manakala, pesakit dengan DN kurang daripada 40 akan mengalami apnea lebih lama antara 60 hingga 360 minit apabila diberikan suntikan intravena Suxamethonium.
split dutytugas berselaPentadbiran PerniagaanTiadaTugas kaunter mengikut masa tertentu dengan menyelakan jarak waktu rehat iaitu pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam.
calciosamarskitekalsiosamarskitKejuruteraanTiadaMineral yang mengandungi 9.4% hingga 1.13% uranium dan 1.9% hingga 2.9% torium.
bytownitebitownitGeologiTiadaMineral berwarna kebiruan hingga kelabu gelap dari kumpulan feldspar plagioklas yang mempunyai julat komposisi dari Ab30An70 hingga Ab10An90. Mineral ini terdapat di dalam batuan igneus berbes dan berultrabes.
nicolayitenikolayitKejuruteraanTiadaBijih torium silikat mengandung 2.5% hingga 31.4% uranium dan 18.2% hingga 50.8% torium.
thorogummitetorogumitKejuruteraanTiadaBijih torium silikat mengandungi 2.5% hingga 31.4% uranium dan 18.2% hingga 50.8% torium.
countingmembilang/menghitung;kiraanSukanTiadaKiraan: Pengadil menghitung kiraan satu 1. hingga lapan 8. atau satu 1. hingga sepuluh kepada petinju yang sedang dalam keadaan rebah.
clay loamlom lempungPertanianTiadaKelas tekstur tanah yang mengandungi lempung 27 hingga 40% dan pasir 20 hingga 45%.
12345678910...

Kembali ke atas