Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.per.sén.si.tif] | هيڤرسينسيتيف

Definisi : (hipersénsitif) (Ubat) terlalu sensitif terhadap ubat atau bahan kimia tertentu; kehipersensitifan perihal (keadaan atau sifat) hipersensitif: ~ kulit terhadap bahan tersebut pernah berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.per.sén.si.tif] | هيڤرسينسيتيف

Definisi : /hipersénsitif/ ist terlalu sensitif terhadap ubat atau bahan kimia tertentu. kehipersensitifan perihal atau keadaan hipersensitif. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hipersensitif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan hiper digunakan dengan penggunaan berikut; 'kelajuan hiper' 'definisi hiper' 'rangkaian hiper'?Salam sejahtera,


Hiper- merupakan awalan asing terlampau atau terlebih daripada  normal, contohnya, hiperaktif dan hipersensitif
Hiper- tidak digunakan pada semua perkataan. Hanya perkataan tertentu sahaja.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa22.10.2018
Apakah terma atau istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat berkenaan 'Hyper Speed for Hyper Detail'? Adakah penggunaan terjemahan 'Kelajuan Hiper untuk Perincian Hiper' dibenarkan?Dalam data rujukan kami hiper bermaksud awalan asing terlampau atau terlebih daripada normal, misalnya hiperaktif dan hipersensitif. Berdasarkan carian kami, tiada istilah khusus bagi perkataan hyper detail dan hyper speed. Perkataan tersebut merupakan kata umum yang boleh diterjemahkan mengikut konteks penggunaan seperti berlebihan atau lampau.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2018

Kembali ke atas