Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.po.nim] | هيڤونيم

Definisi : (Lin) kata yg maknanya terangkum dlm makna kata yg lain, mis kambing, lembu dan rusa adalah hiponim drpd binatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.po.nim] | هيڤونيم

Definisi : ist kata yg maknanya terangkum dlm makna kata lain, mis kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim drpd binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hiponim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Aeshah ,ingin bertanya Apakah yang di maksudkan hiponim,jenis-jenis dan cohtohnya. Terima kasihMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, hiponim ialah istilah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain. Contohnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang.Tatabahasa16.08.2016
Adakah perkataan-perkataan hiponim dalam sesuatu hipernim juga boleh dikategorikan sebagai sinonim? Ini kerana setiap perkataan tersebut mempunyai medan makna yang hampir sama. Hanya dibezakan penggunaannya mengikut konteks ayat.Terima kasih.

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang manakala sinonim ialah kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya, misalnya cepat dengan pantas. Menurut huraian makna kedua-dua perkataan hiponim dan sinonim, tidak menunjukkan persamaan makna bagi kedua-duanya.  

Tatabahasa21.03.2010
Assalamualaikum, saya pelajar tingkatan 6 SMK Seri Serdang. Boleh tak terangkan perbezaan antara Kolokasi dengan Hiponim dan juga perbezaan Homonim dengan Polisemi. Terangkan secara terpeinci bersama contoh.Wa alaikumussalam.

Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (misalnya dalam ayat).  Manakala hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kam­bing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang.

Homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. (ketam, paku). Manakala polisemi bermaksud sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan contoh dan penerangan yang terperinci, puan dinasihatkan untuk membuat kajian lapangan dengan mencari buku linguistik di perpustakaan berhampiran.
Tatabahasa20.10.2014
mengapakah pada perkataan sinonim,antonim,hiponim dan lain-lain lagi pada akhir ejaannya adalah "nim". harap dapat beri penjelasanAkhiran -nym dalam bahasa Inggeris berfungsi untuk menerangkan jenis perkataan atau nama. Dalam bahasa Melayu dieja sebagai nim seperti pada perkataan akronim, antonim, sinonim dan hiponim.Istilah18.11.2012
Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan mengenai keutuhan wacana yang saya kehendaki tempoh hari. Di sini, saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai: 1. Apakah yang dimaksudkan perkaitan Makna Perkaitan daripada sesi leksikal: Sinonim, Antonim, Hiponim dan Polisemi? 2. Apakah jenis-jenis teori pemerolehan bahasa. Adakah teori pemerolehan bahasa ini terdiri daripada teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori koda kognitif?Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk profesor atau buku yang berkaitan kaedah tersebut. terima kasih. Tatabahasa03.08.2008

Kembali ke atas