Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.po.té.sis] | هيڤوتيسيس

Definisi : (hipotésis) sesuatu pendapat yg di­ang­gap benar sbg alasan walaupun kebe­nar­annya masih belum dibuktikan; menghipotesiskan membuat atau meng­anggap sesuatu sbg hipotesis: kaitan keadaan dgn orientasi atas dasar yg dihipotesiskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.po.té.sis] | هيڤوتيسيس

Definisi : /hipotésis/ sesuatu pendapat yg dipercayai benar tetapi belum dibuktikan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hipotesis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan andaian, anggapan, usul, kenyataan, tesis, teori, kesimpulan, tekaan, terkaan, tebakan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna "hipotesis"Menurut Kamus Dewan, hipotesis bermaksud sesuatu pendapat yg dianggap benar sbg alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan.Makna12.12.2007
contoh ayat yang menggunakan perkataan di bwh utk menunjukkan mksud perkataan tersebut & kaitknnya dgn paradigmatik, sintagmatik, kebudayaan & hipotesis sapir whorf. (ibu, sastera, pendeta, putera, baju)Soalan sdr terllalu luas bidangnya. Perlu disempitkan dan soalan tersebut lebih berbentuk ilmiah. Kalau hendak dibincangkan hipotesis sapir whorf, kami berpendapat lebih baik sdr merujuk buku atau tulisan yg membicarakan hipotesis tersebut. Untuk itu sdr hendaklah melihat tesis atau disertasi yg pernah ditulis oleh orang lain yg menyentuh persoalan tersebut. T.kasih.Lain-lain12.09.2008
Mohd Fazli Bin Abdullah Mohon pandangan DBP. Kata swafoto sudah ada lama dalam bahasa Indonesia. Gabungan dari kata swa + foto. Bererti kata swa secara tunggal bawa maksud sesuatu yg bersifat sendiri (apakah itu berasal dari kata swasta?). Indonesia juga terjemahkan istilah 'self-service' sebagai swalayan. Saya tertarik dengan cara Indonesia yg pelbagaikan kata swa untuk istilah-istilah lain yg bersifat personal. Di Malaysia, kita masih terjemahkan 'self-service', sebagai layan diri. Jadi apakah kata swa, tidak membawa apa-apa erti menurut pandangan DBP?1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". 2. Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu. 3. Dalam bahasa Melayu penggunaan awalan "swa" digunakan seperti "limbungan swa-apung" padanan terjemahan "self-docking dock", hipotesis swa-penanda untuk padanan "self-marker hypothesis". Selain kata pinjaman, ada kata Melayu yang sama maksudnya dengan swa- iaitu "kendiri" bagi padanan kata "self" dalam bahasa Inggeris, contohnya self-regulatory policy - dasar peraturan kendiri, self-management - pengurusan kendiri. 4.Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah08.06.2017

Kembali ke atas