Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.rau] | هيراو

Definisi : , menghiraukan mempedulikan, me­ngacuhkan, mengendahkan, memerhatikan: pemuda itu tidak lagi ~ pekerjaannya tetapi asyik bersenang-senang sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.rau] | هيراو

Definisi : ; menghiraukan mengambil tahu akan sesuatu; mempedulikan; meng­acuhkan; mengendahkan: Ada orang yg menasihatinya supaya jangan pergi tetapi dia tidak ~ nasihat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hirau
Kata Terbitan : menghiraukan,

Puisi
 

Hiris rojak hantar ke surau,
     Hendak menjemput datuk penghulu;
Gadis bijak orang tak hirau,
     Ilmu di dapur laksana dulu.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hirau; menghiraukan mengambil tahu akan sesuatu; mempedulikan; meng­acuhkan; mengendahkan: Ada orang yg menasihatinya supaya jangan pergi tetapi dia tidak ~ nasihat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hirau, menghiraukan mempedulikan, me­ngacuhkan, mengendahkan, memerhatikan: pemuda itu tidak lagi ~ pekerjaannya tetapi asyik bersenang-senang sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
hiraumenghiraukan mengambil tahu akan sesuatu; mempedulikan; mengacuhkan; mengendahkan: Ada orang yg menasihatinya supaya jangan pergi tetapi dia tidak ~ nasihat itu.Kamus Pelajar
bena(béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang.Kamus Dewan Edisi Keempat
lalai I1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati: tidaklah dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar: lalu masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang; berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambat­kan, berlambat-lambat, berlengah-lengah; melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih) menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa; memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai: utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hati­nya dgn barang daya upayaku;terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu; kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, ke­alpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguh­nya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ men­jemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi; pelalaian ark perihal melalaikan; pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
lok IIIKl tidak peduli (hirau); dilok tidak diambil peduli, dibiarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tak candatidak peduli, tidak endah, tidak hirau.Kamus Dewan Edisi Keempat
canda II; tak ~ tidak peduli, tidak endah, tidak hirau.Kamus Dewan Edisi Keempat
hisab1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada; menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihi­tunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; menghisabkan mempedulikan, menghi­rau­kan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Beli­damani, dirempuhnya juga; terhisab, terhisabkan masuk dlm hitung­an, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya; penghisaban perbuatan atau hal menghisab.Kamus Dewan Edisi Keempat
behena(behéna) sl 1. amat penting, luar biasa, istimewa: ada orang yg berdosa kpd Raja Mahmud, salahnya pun tiada apa ~; 2. hirau, peduli, acuh: Raja Inayat Shah pun tiadalah ~ menyelenggara istiadat peperangan, spt adat dahulukala.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas