Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ru/] | هيروق

Definisi : ; ~-pikuk = ~-piruk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk; menghiruk membuat huru-hara (gempar, ribut, bising, dll): kampung itu bising sekali, dihiruk dgn pelbagai bunyi yg tidak dapat ditentukan; menghirukkan menjadikan gempar (bising dll), menggemparkan; penghiruk orang yg suka membuat gempar (gaduh dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ru/] | هيروق

Definisi : ; hiruk-pikuk, hiruk-piruk keadaan yg riuh-rendah; sibuk dan bising; gempar: Selepas keputusan pilihan raya itu diumumkan, suasana menjadi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hiruk
Kata Terbitan : hiruk-pikuk, menghirukkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin mengetahui apakah perbezaan antara perkataan2 berikut : 1. Hiruk piruk 2. Hiruk pikuk Terima kasihSdr. untuk pengetauan sdr. yang saya jumpa dalam kamus hanyalah hiruk pikuk dan tidak ada hiruk-piruk.Terima kasihTatabahasa11.09.2007
maksud hiruk-pikuk?

Saudara Muhammad Farhan,

Perkataan hiruk-pikuk bermaksud  keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk.  Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Makna10.01.2010
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabutJawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk hiruk+pikuk">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna.Tatabahasa19.07.2013
suasana pasar pada pagi ahad itu_______________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempetiB. Hiruk-pikuk. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Suasana pasar pada pagi Ahad itu ________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempitaHiruk-pikuk.T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
Pejabat itu______setelah digeledah oleh perompak malam tadi. A. Haru-biru B. Hiruk-pikuk C. Tunggang-langgang D. Punah-ranah Apakah jawapan bagi soalan ini? Tolong berikan penjelasan. Terima kasihJawapan yang tepat ialah punah-ranah. Punah ranah bermaksud habis rosak sama sekali.Tatabahasa20.12.2013
Apa perbezaan perlu meletakkan tanda sempang atau tidak perlu dalam menulis perkataan cucu cicit, hiruk pikuk, bengkang bengkok, calar balar, sumpah seranah. Apa formula yang mudah digunakan untiuk perkataan begini untuk diletak sempang atau tidak. Terima kasih.Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda.Ejaan06.08.2018
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C...Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa11.07.2015
Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 12:23pm Mohon prncerahan pihak tuan dengan segera.. Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegasSuasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa08.07.2015
12

Kembali ke atas