Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.tam] | هيتم

Definisi : 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: be­berapa kawasan di Pahang masih di­anggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak ber­minyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pe­kat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) ma­nggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg di­sukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg mem­bolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sen­diri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal kebu­ruk­an tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg se­benarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah di­pisah­kan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasli­annya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih me­mandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut keli­hatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hi­dung­nya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn me­ninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.tam] | هيتم

Definisi : warna spt warna arang: Dia memakai baju berwarna ~. ~ berkilat warna hitam yg berkilat. ~ legam (pekat) warna yg sangat hitam. ~ manis warna kulit yg hitam kemerah-merahan. ~ putih pernyataan (perjanjian dll) yg dibuat dgn bertulis dan bertandatangan. ~ tampuk manggis hitam spt kulit buah manggis. menghitam menjadi hitam: Awan ~ di angkasa. menghitamkan menjadikan berwarna hitam; mengecat atau mewarnai dgn warna hitam: Ia ~ lukisannya dgn dakwat cina. kehitaman keadaan hitam. kehitam-hitaman seakan-akan hitam; agak hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hitam
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan aswad, lotong, legam, legap, gelap,
(kata nama:)
Berantonim dengan putih

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan berbahaya
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghitamkan,

Puisi
 

Hitam-hitam si tampuk manggis,
     Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
     Putih kuning tinggal dahulu.


Lihat selanjutnya...(88)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbon blackkarbon hitam; hitam jelagaKesenianTiada2. Hitam jelaga: Warna hitam pekat.
carbon blackhitam karbonKejuruteraanPolimerIstilah generik yang merujuk kepada satu keluarga karbon berkoloid, iaitu hitam asetilena, hitam haiwan dan hitam lampu. Hitam asetilena terhasil daripada pembakaran setilena, hitam haiwan daripada pembakaran tulang haiwan, manakala hitam lampu adalah hasil pembakaran minyak atau bahan berkabon yang lain dalam satu sistem tertutup. hitam karbon digunakan secara meluas sebagai pengukuh dalam getah sebagai pengisi dan pigmen dalam polivinil kolrida dan plastik yang lain, dan sebagai pelindung sinaran ultraunggu. Dalam polietilena, hitam karbon bertindak sebagai agen pemuat silang.
uraniniteuraninitGeologiTiadaMineral radioaktif yang berwarna hitam, hitam keperangan, atau perang gelap, biasanya mengandungi bendasing, dan merupakan bijih uranium yang utama.
blacker-than-blacklebih hitam daripada hitamKejuruteraanTiadaTiada
fade to blackjelma hitam; lenyap hitamKomunikasiTiadaTiada
black theatreteater hitamKesusasteraanTiadaTeater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude.
black powerkuasa kulit hitamSains PolitikPolitik PerbandinganSlogan yang menjelaskan tentang aspirasi masyarakat kulit hitam keturunan Afrika sama ada yang berada di Afrika atau di luar Afrika berhubung dengan persoalan kemandirian kebangsaan. Slogan ini menghuraikan kesedaran bersama secara positif di kalangan masyarakat berkulit hitam. Slogan ini juga menyeru semua masyarakat kulit hitam ulltuk mewujudkan satu identiti sepunya di kalangan mereka sebagai satu kelompok etnik, menegakkan budaya kulit hitam dan bekerjasama secara kolektif ke arah yang lebih progresif. Dari segi sejarah, slogan ini dipopularkan oleh seorang pejuang kulit hitam di Amerika Syarikat iaitu, Willie Ricks (sekarang lebih popular dengan panggilan Mukasa) di sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Masyarakat Afrika di Amerika Syarikat. Antara tokoh lain ialah Muhammad Ali, Martin Luther King dan Malcolm X.
tonerpengirapPendidikanTiadaSerbuk hitam untuk menghasilkan imej hitam pada salinan elektrostatik.
tonerpengirapTeknologi MaklumatTiadaSerbuk hitam untuk menghasilkan imej hitam pada salinan elektrostatik.
melanophoremelanoforBiologiHistologi dan SitologiKromatofor berpigmen hitam, terutama melanin hitam.
12345678910...

Kembali ke atas