Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep halaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hlm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Novel “Salina” (A. Samad Said, 2003) – cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah “Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden” (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) – cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera “Riak Kabus Danau Maninjau” (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) – cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut “Gaya Dewan”, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi “Gaya Dewan”? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum “Gaya Dewan” telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam “Gaya Dewan”. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai “... .” dan bukan “. . ..” atau “. . . .”. Keputusan carian ini berdasarkan carian “.... elipsis” yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan.Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Tatabahasa19.06.2013
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak tuan berhubung kependekan bagi perkataan 'halaman'. Jika merujuk Tatabahasa Dewan, edisi ke-3, kependekannya ialah 'hlm.', namun dalam Kamus Dewan, edisi ke-4, kependekannya pula 'hlm'. Persoalannya di sini ialah perlukah noktah (.) bagi 'hlm' itu, dan yang mana satukah yang perlu diikut? Terima kasih.Penggunaan singkatan kata atau ungkapan perlu ada tanda titik. Singkatan perkataan lazimnya merujuk perkataan yang biasa digunakan dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti dll. untuk dan lain-lain, dsb untuk dan sebagainya, spt. untuk seperti dan hlm. untuk halaman.Lain-lain27.08.2013
Salam sejahtera, sedikit pertanyaan di sini. Dalam Kamus Dewan (hlm. 7), ‘adakala’ ditulis sebagai satu patah perkataan. Akan tetapi, dalam (hlm. 652) pula, bawah entri ‘kadangkala’ maksud yang diberikan ialah ‘ada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali.’ Perkataan ‘ada kalanya’ ditulis sebagai dua patah perkataan. Mengapakah 'adakala' ditulis sebagai satu patah perkataan, manakala 'ada kalanya' pula ditulis sebagai dua patah perkataan? Jika ‘adakala' ditulis sebagai patah perkataan, tidakkah 'adakalanya' juga ditulis sebagai satu patah perkataan? Mohob tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Kami maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain22.08.2012
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009
Boleh emailkan saya format manuskrip untuk cadangan menulis bukuSecara umumnya, penulisan buku dan majalah sama seperti penulisan esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008.Lain-lain12.05.2014
Assalamualaikum... Adakah format dan panduan menulis buku umum sama dengan menulis untuk majalah? contohnya menulis artikel. jika berbeza, boleh jelaskan bagaimana format menulis untuk majalah? terima kasih.Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008.Lain-lain07.05.2012
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan.Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau  dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih.Lain-lain13.10.2010
salam.. mana satu yang boleh digunapakai? ..Dewan Bahasa dan Pustaka (2006, hlm. 112). atau ..Dewan Bahasa dan Pustaka (2006, halaman 112). terima kasih.

Puan Faizah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 Jika ini melibatkan penggunaan dalam menulis indeks, cara yang betul ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (2006, hlm. 112).  Terima kasih.

 

Lain-lain24.06.2009
Salam tuan, Saya ingin membuat kependekan bagi perkataan berikut: 1. halaman: hal. atau hlm. Yg mana lebih tepat? 2. tanpa tarikh: t.t. atau ..... Mohon cadangan? 3. tanpa penerbit: t.p. atau ..... Mohon cadangan? 4. tanpa tempat penerbit: t.t.p. atau ..... Mohon cadangan? 5. tanpa pengarang: ??? Mohon cadangan? Terima kasih dan salam. SiblyTidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya merujuk perkataan yang biasa digunakan dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan hlm. untuk halaman. Walau bagaimanapun untuk perkataan yang jarang digunakan atau penggunaannya terhad dalam konteks tertentu perlulah dieja penuh bagi mengelakkan kekeliruan seperti ungkapan 'tanpa tarikh' dan 'tanpa penerbit'.Tatabahasa07.03.2011
Saya agak keliru dengan penggunaan "memberi" dan "memberikan". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm.1723), contoh ayat yang diberikan untuk kata dasar "tuisyen" adalah seperti berikut: dia mencari nafkah dgn memberi ~ kepada pelajar-pelajar sekolah? Bukankah "memberi" digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa dan "memberikan" digunakan untuk objek yang tidak bernyawa?Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh : Abang memberi adik sebatang pensil; Pengetua memberikan nasihat kepada semua  pelajar.

Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan maksud dan contoh penggunaan kedua-dua kata tersebut, iaitu:(i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku.(ii) Memberikan-  menyerahkan sesuatu kepada. Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.
Tatabahasa14.10.2017
123456

Kembali ke atas