Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.mo.fon] | هوموفون

Definisi : (Lin) perkataan yg sama bunyi dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata homofon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSALAMUALAIKUM Saya Aeshah Maerah mahasiswa Universiti Fatoni,Thailand belajar subjek Linguistik Am ingin pertanya apakah perbezaan antara homonim dengan homofon. Terima kasihHomonim ialah perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homofon ialah perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.Istilah08.10.2015
Soalan : 1.Bagaimanakah cara membezakan klausa bebas dan klausa terikat? 2.Ali memberitahu Abu bahawa adiknya sakit.(frasa manakah klausa bebas?apa alasannya? 3.Apakah beza homonim,homograf dan homofon? 4.Frasa..antara satu dengan/sama lain? 5.Ali menyatakan bahawa dirinya tidak sebijak Abu.Adakah frasa bahawa.....Abu itu dianggap objek?Adakah frasa'menyatakan' itu kata kerja transitif sedangkan tidak boleh dipasifkan? 6. Apakah maksud bilangan kardinal?adakah masih digunakan dalam linguistik? 7. Abu tidak pergi ke sekolah kerana sakit. Abu tidak pergi ke sekolah kerana beliau/dia sakit. Soalan :Adakah ayat pertama dianggap tidak gramatis kerana tergantung kerana tiada KGND beliau/dia? Bagaimana nak kenal pasti ayat yang tergantung atau pengguguran? 8.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi ekor lembu yang dipotong dari pangkalnya (sepanjang 1 meter barangkali)? 9.Kali pertama dianggap lewah,adakah frasa Mesyuarat Agung pertama kali itu lebih tepat? #Terima kasih atas khidmat nasihat DBP,semoga sama2 dapat memartabatkan bahasa ibunda kita.Insya-Allah. 6.

1. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa terikat/klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama, contoh: Kamu pandai, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil, contoh: kerana kamu rajin belajar.

2. Ali memberitahu Abu ialah klausa bebas, manakala bahawa adiknya sakit ialah klausa terikat. Alasannya dijelaskan pada perkara 1.

3. Homonim ialah perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homofon ialah perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.

4. Frasa yang betul ialah antara satu sama lain.

5. Frasa Ali tidak sebijak Abu ialah frasa bandingan.

6. Bilangan kardinal atau nombor kardinal ialah nombor yg menyatakan kuantiti mis 1, 2, 3...

7. Ayat tersebut gramatis kerana yang sakit itu merujuk Abu sahaja. Ayat yang lengkap perlu ada subjek dan predikat.

8. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang.

9. Mesyuarat Agung Pertama sudah memadai.

Tatabahasa05.11.2011
4. Mengapakah pusat membeli - belah tidak boleh digunakan LAGI? 5. Jika ditinjau secara mendalam, kata dasar / akar yang bermula dengan huruf L akan mengalami perubahan yang berikut apabila diberi imbuhan yang pe-......-an / pe-........ [a] lari--- pelarian [b] lompat --- pelompat [c] layar --- pelayaran Soalan saya mengapakah 'lihat' dan 'libat' mengalami perubahan yang berikut ? lihat --- penglihatan libat --- penglibatan Adakah kedua- dua diksi di atas salah atau betul ? 6. Apakah perbezaan antara kata yang bercirikan homofon, polisemi, dan homograf ? 7. Dalam frasa " Jika diperhalusi dari perspektif yang bahana" kata diperhalusi serta bahana salah atau betul ? 8. Saya kerap menggunakan satu ungkapan yang berikut dalam karangan saya ketika mencerakinkan isi dalam karangan tentang sikap mementingkan diri sendiri. Ungkapan tersebut ialah ' ala nafsi - nafsi siapa lu siapa gua' aDAKAH UNHKAPAN SAYA YANG INI SALAH ? 9. Bolehkah saudara menyarankan kepada saya beberapa sumber ilmiah untuk mendalami lautan Bahasa Malaysia yang sesuai sebagai pelajar berusia 16 tahun? 10. Saya masih samar - samar tentang BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU?4. Jawapan yang betul ialah pusat beli-belah. Membeli-belah ialah kata kerja. 5. Mengikut tatabahasa, yang betulnya ialah 'pelibatan' dan 'pelihatan', namun disebabkan kecederungan masyarakat menggunakan 'penglibatan' dan 'penglihatan', jadi ia diterima dan tidak menjadi kesalahan. kedua-duanya adalah betul dalam bahasa Melayu. 6. Homofon ialah perkataan yg sama bunyi dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Polisemi pula ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Homograf bermaksud perkataan yg sama ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Soalan 7 dan 8 tidak lengkap. 9. Sila rujuk Tatabahasa DEwan untuk keterangan. 10. Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) da keputusan jemaah menteri, istilah bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Malaysia. Terima kasih.Tatabahasa19.04.2008

Kembali ke atas