Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.mo.fo.ni] | هوموفوني

Definisi : (Lin) hubungan antara homofon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata homofoni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homophonyhomofoniKesenianTiadaSistem interpretasi yang berharmoni dalam siri muzik polifoni.
textureteksturMuzikTiada

Pembentukan, perhubungan dan jalinan lapisan suara dalam sesuatu karya. Tekstur biasanya terdapat dalam empat jenis, iaitu polifoni, homofoni, monofoni dan heterofoni.

style galantstyle galantMuzikTiadaGaya muzik yang berasal dari Itali pada awal Zaman Klasik. Muzik style galant mengutamakan frasa melodi yang berkala dan mempunyai banyak kadens. Tekstur galant bercirikan homofoni dan iringan harmoni yang tidak rumit. Gaya sofistikated dan halus merupakan perwatakan muzik jenis ini. Komposer style galant adalah seperti Leonardo Vinci (1694-1730), Giovanni Battista Pergolesi (1710-1736), Baldassare Galuppi (1706-1785) dan Giovanni Battista Sammartini (1701-1775).
monophonymonofoniMuzikTiada

 Muzik yang terdiri daripada satu lapisan melodi sahaja dan tanpa iringan. Contohnya, canta atau plainsong. Lihat juga  homofoni, polifoni.

part songlagu padu suaraMuzikTiada

 Karya korus yang wujud pada akhir abad ke-18 dan menjadi semakin popular pada abad ke-19, terutamanya di England. Melodi utama wujud pada lapis soprano, bertekstur homofoni dan berteks sekular. Karya ini dinyanyikan secara a cappella atau diiringi alat organ atau piano. Schubert, Robert Schumann dan Felix Mendelsohn adalah antara komposer Zaman Romantik yang telah menghasilkan lagu padu suara. Contohnya, 3 Gesange, Op. 62 untuk suara lelaki oleh Robert Schumann (1810-1856) dan It Came Upon the Midnight Clear oleh Arthur Sullivan (1842-1900).

chansonchansonMuzikTiadaLagu popular yang berasal dari Perancis dan Itali pada abad ke-14 hingga akhir abad ke-16. Chanson digubah untuk nyanyian solo yang diiringi alat muzik atau nyanyian bercorak polifoni. Bentuk karya jenis ini dibahagikan kepada lebih daripada satu bahagian. Karya jenis ini juga digubah secara homofoni. Contoh chanson pada Zaman Pertengahan ialah chanson troubadour dan trouvère.
frottolafrottolaMuzikTiada

 Sejenis lagu sekular dan puisi yang berasal dari Itali dan popular pada tahun I490- 1530, iaitu dalam Zaman Pembaharuan. Lagu ini bercirikan pergerakan harmoni tonik-dominan, mengandungi tiga atau empat lapis suara, bermeter dupel atau tripel dan bertekstur homofoni. Contohnya, Io non compro piu speranza oleh Marco Cara (lebih kurang tahun 1470-1525).

classicismklasisismeMuzikTiada

 Aliran muzik pada tahun 1750-1825. Genre muzik utama termasuk simfoni, konserto, opera, muzik kamar dan sonata. Bentuk muzik, tonaliti dan struktur frasa aliran ini berdasarkan konsep simetri dan bertekstur homofoni. Bentuk sonata, menuet dan trio, variasi dan rondo merupakan bentuk muzik utama dalam aliran ini. Komposer utama ialah Haydn, Mozart dan Beethoven.

Mannheim SchoolMannheimMuzikTiada

 Sekumpulan komposer Jerman yang aktif di Mannheim pada pertengahan abad ke-18. Mereka bertanggungjawab bagi perkembangan genre simfoni pada awal Zaman Klasik. Gaya muzik kumpulan Mannheim mementingkan tekstur homofoni. Mereka memperkenalkan dinamik crescendo, diminuendo dan teknik tremolo. Basso continuo digantikan dengan bes bertulis. Komposer utama ialah Johann Stamitz (1717-1757), F.X. Richter (1709-1789) dan Christian Cannabich (1731-1798).


Kembali ke atas