Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.mo.sék.sual] | هوموسيکسوال

Definisi : (homoséksual) 1. cenderung ter­­tarik dr segi seks kpd orang yg sama jenis jantina dengannya; 2. orang yg tertarik nafsu syahwatnya kpd orang yg sejenis dengannya, terutamanya antara lelaki dgn lelaki; kehomoseksualan homoseksualiti: ~ me­mang berlaku dlm mana-mana masya­rakat di dunia ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ho.mo.sék.sual] | هوموسيکسوال

Definisi : /homoséksual/ cenderung atau tertarik dr segi seks pd orang yg sama jantinanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata homoseksual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Boleh bantu saya berikan padanan istilah dalam bahasa Melayu untuk frasa :closeted homosexual". Adakah sesuai untuk diterjemahkan kepada "homoseksual secara tersembunyi"?Ya, tuan boleh memberi padanan closeted homosexual kepada homoseksual secara tersembunyi dalam bahasa Melayu.Makna07.10.2021
APAKAH PENGERTIAN LESBIAN,GAY,TOMBOY DAN PONDAN DARI SUDUT BAHASA GENDER.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lesbian ialah perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. Gay ialah lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. Merujuk istilah, tomboy ialah ala lelaki. Pondan pula ialah laki-laki yg lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan.Makna26.08.2008
Saya mohon pihak DBP untuk menyemak berhubung terjemahan tajuk penyelidikan yang saya dan ahli kumpulan penyelidikan saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu seperti yang dinyatakan berikut: Tajuk penyelidikan dalam Bahasa Inggeris: “Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and men have sex with men (MSM)” Terjemahan tajuk penyelidikan ke dalam Bahasa Melayu: Persepsi berhubung tingkahlaku berisiko dan pencarian maklumat kesihatan yang dikaitkan dengan HIV/STD dalam kalangan wanita transgender dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki (Men have sex with men)"Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan tajuk penyelidikan ini diterjemahkan kepada:

Persepsi terhadap risiko tingkah laku dan kesihatan yang mempunyai kaitan dengan HIV/STD dalam kalangan transgender dan homoseksual.
Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020

Kembali ke atas