Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hos.pi.tal] | هوسڤيتل

Definisi : tempat pesakit diberi jagaan dan rawatan perubatan, pembedahan, dll, rumah sakit; ~ gila tempat merawat orang sakit otak (gila); ~ T.B. tempat merawat orang yg menghidap penyakit tibi (batuk kering). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hos.pi.tal] | هوسڤيتل

Definisi : tempat merawat orang sakit; rumah sakit: Orang yg cedera itu telah dirawat di ~ Kuala Lumpur. ~ gila hospital tempat merawat orang sakit otak. ~ tibi hospital tempat merawat orang yg menderita penyakit tibi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hospital (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan rumah sakit, wad, sanatorium, klinik, dispensari, institut, infirmari.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin meminta penjelasan mengenai penggunaan istilah "HOSPITAL PENGAJAR", contohnya Hospital Pengajar UPM (sila lihat: http://www.medic.upm.edu.my/awani_hpupm). Adakah istilah ini betul dan sesuai untuk digunakan untuk membawa maksud "TEACHING HOSPITAL"? Jika disemak daftar istilah MABBIM (DBP), istilah yang bersesuaian dengan "teaching hospital" ialah "hospital pengajaran". Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "teaching hospital" ialah hospital pendidikan atau hospital pengajaran.Istilah26.04.2016
Selamat sejahtera, 1. Mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital? (Perlukah kata sendi nama "di" dibubuh di depan hospital? di hospital)Ayat yang betul ialah "Mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital?" Kata sendi nama "di" dalam ayat ini menunjukkan kedua-dua tempat iaitu klinik dan hospitalTatabahasa14.09.2022
Perlukan alih bahasa PRE-HOSPITAL CAREBerdasarkan rekod kami, istilah bahasa Melayu dalam bidang perubatan untuk post-hospital care ialah jagaan selepas hospital. Oleh itu, cadangan pre-hospital care dalam bahasa Melayu ialah jagaan sebelum hospital.Istilah14.04.2017
definisi - kesihatan - hospital swasta

Kata kesihatan adalah daripada kata sihat yang mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal sihat,kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll.).

Hospital swasta bermaksud hospital yang ditadbir dan diurus oleh pihak swasta,iaitu bukan milik kerajaan.

Makna26.01.2008
Ejaan bahasa Malaysia ditulis dengan huruf kecil b pada perkataan bahasa dalam kontes umum yang merujuk bahasa, huruf besarnya hanyalah Malaysia yang merupakan nama khas. Contoh lain: bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Cina yang ditulis dengan huruf kecil pada perkataan bahasa. Walau bagaimanapun, bagi mata pelajaran di sekolah, Bahasa Malaysia ditulis dengan huruf besar. Jawapan di atas diberikan oleh pihak DBP tetapi persoalannya kenapakah perkataan hospital Ipoh dieja sebagai Hospital Ipoh dan bukannya hospital Ipoh walaupun konteksnya juga sama sperti di atas

Ejaan untuk hospital Ipoh dieja sebagai Hospital Ipoh (bukan hospital Ipoh) kerana huruf besar digunakan sebagai huruf pertama bagi nama institusi. Contoh lain Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dll.

Ejaan Hospital Ipoh tidak sama konteksnya dengan ejaan perkataan bahasa Melayu sebagai nama bahasa.  Dalam konteks ini, bahasa menjadi kata umum, manakala kata Melayu ialah kata nama khas.

Tatabahasa20.12.2010
Salam sejahtera tuan/puan, Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi istilahistilah berikut: 1. Hydrocollator 2. Tympanometer 3. Overchair Table 4. Stand Assist Chair 5. Hospital Recliner 6. Hospital Armoire 7. Blood Drawing Chair

Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Hydrocollator  - Hidrokolator

2. Tympanometer - Timpanometer

3. Overchair Table – Meja Boleh Laras

4. Stand Assist Chair – Kerusi Bantuan Berdiri

 5. Hospital Recliner – Kerusi Boleh Laras Hospital

6. Hospital Armoire – Almari Hospital

7. Blood Drawing Chair –  Kerusi Derma Darah

Istilah30.04.2016
Bagaimana kita ingin menulis di dalam surat untuk kata nama "Hospital Pakar Kanak-kanak UKM" atau "Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM"? Adakah "Kanak-kanak" atau "Kanak-Kanak". Mohon khidmat nasihat tuan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.Ejaan08.02.2019
Yang manakah betul? 1) Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka di kakinya tidak berhenti mengalir atau: 2) Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka pada kakinya tidak berhenti mengalir
Jawapan yang betul:

Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka pada kakinya tidak berhenti mengalir
Tatabahasa09.01.2019
Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong. Dalam Kata Nama Khas Hospital Queen Elizabeth (di Kota Kinabalu) dan Hospital Duchess of Kent (di Sandakan) - perkataan Queen Elizabeth dan Duchess of Kent perlu ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Terima kasih.Kata nama khas tidak perlu ditulis miring, maka cara penulisan yang betul ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of KentTatabahasa07.07.2014
Bagaimana penulisan pangkat/ darjah kebesaran selepas nama seseorang? Cth: (DR JAZARI BIN JAMALUDIN, BCK) Pengarah Hospital Baling @ (DR JAZARI BIN JAMALUDIN) BCK Pengarah Hospital BalingPenulisan yang betul ialah (DR. JAZARI BIN JAMALUDIN, BCK), PENGARAH HOSPITAL BALING.Ejaan29.07.2015
123456789

Kembali ke atas