Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ba.ya.hu.ba.ya] | هوباي٢

Definisi : sl 1. kata utk memperteguh nasihat (tegahan, teguran, dll), tidak boleh tidak, sekali-kali: ~ yg kata hamba ini jangan tidak diturut supaya saudara hamba sukacita dan sentosa; 2. sl kata utk menguatkan ha­rap­an atau doa, hendaknya, mudah-mudahan: marilah kita berdoa kpd Allah ~ janganlah datang lagi bala itu; 3. lebih-lebih lagi, terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi (pula): akan tetapi lama-kelamaan ~ setelah didengarnya sindiran ibunya sendiri yg tajam-tajam lagi, ia pun insaf akan dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ba.ya.hu.ba.ya] | هوباي٢

Definisi : 1 ambil perhatian; awas-awas; jaga-jaga: ~ supaya tidak terbeli barang yg palsu. 2 mudah-mudahan; moga-moga: ~ Allah akan melimpahkan rahmat kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hubaya-hubaya (kata tugas,)
Bahasa Asal :sastera lama
1. Bersinonim dengan sekali-kali: tidak boleh tidak

2. Bersinonim dengan mudah-mudahan: hendaknya, semoga, moga-moga, agar,

3. Bersinonim dengan lebih-lebih lagi: terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi, terutama pula.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beberapa perkataan tiada dalam kamus: 1. binari "binari" tidak terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat. adakah perkataan ini tidak diterima sebagai perkataan bahasa melayu? Cth: "nombor-nombor binari" 2. hubaya dalam kamus dewan, terdapat "hubaya-hubaya" sebagai kata dasar. jika "hubaya" sahaja tanpa kata gandanya, adakah dikira satu perkataan bermakna?1. Dalam bahasa Melayu disebut nombor binar atau perduaan.  2. Hubaya-hubaya ialah kata yang betul dan membawa makna.Lain-lain13.02.2009
Pertama, saya ingin bertanyakan tentang sumber rujukan untuk mencari etimologi sesebuah perkataan. Contoh untuk bahasa Inggeris adalah seperti di laman web https://www.etymonline.com/. Saya ingin bertanya jika ada sumber untuk bahasa Melayu (dalam talian atau luar talian) yang boleh menjadi rujukan awam. Kedua, saya ingin bertanya asal usul perkataan "hubaya-hubaya". Saya ingin tahu jika ada sebarang maklumat mengenai asal usul perkataan tersebut (sama ada kata pinjam atau lain-lain). Terima kasih, perkhidmatan anda sangat dihargai.1. Bagi tujuan mendapatkan maklumat ringkas tentang etimologi sesuatu kata dalam bahasa Melayu, anda boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merakamkan lebih daripada 7000 kata warisan dan kata pinjaman yang dikaji oleh pakar etimologi. Namun, kamus ini adalah dalam bentuk naskhah bercetak dan Pihak DBP masih dalam proses pendigitalannya.

2. Kata hubaya-hubaya ialah kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit ubhaya yang bermaksud kedua atau kedua-dua jenis. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 784).


Lain-lain26.08.2022

Kembali ke atas