Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.dud] | حدود

Definisi : Ar 1. (jamak bagi had) batasan atau per­aturan; 2. hukum yg telah ditetapkan oleh Allah yg tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, spt hukum zina, murtad, dan minum arak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hudud


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الحدhad/hududAgama IslamFiqhHukuman atau balasan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. ke atas kesalahan-kesalahan tertentu seperti zina, minum arak, mencuri dan lain-lain
حق اللّهhak AllahAgama IslamFiqhHak yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. seperti hukuman hudud.
kafalah bil nafsjaminan diriPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi memastikan pihak yang dijamin hadir ke mahkamah. Menurut mazhab Syafii, jaminan diri boleh dilakukan dalam semua urusan yang berkaitan dengan hak manusia, seperti kes yang melibatkan harta atau hukuman mengikut qisas dan qazaf. Kafalah bil nafs tidak boleh diaplikasi sekiranya berkaitan dengan hak Allah s.w.t. seperti ibadat dan hukum hudud. Sinonim daman bil nafs.
beliefkepercayaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPegangan agama atau keyakinan moral seseorang. Pegangan ialah salah satu hak sivil dan politik yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa. Piawaian yang mengawal selia kebebasan beragama dan kepercayaan terdapat dalam Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, yang memperuntukkan bahawa �Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, suara hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara berkomuniti dengan orang lain dan di khalayak ramai atau di tempat persendirian, untuk menzahirkan agamanya atau kepercayaannya dalam bentuk ajaran, amalan, penyembahan dan ketaatan.� Walau bagaimanapun, Islam melindungi kebebasan suara hati dan pemikiran manusia dan mengajar penganutnya supaya menghormati dan bertoleransi terhadap semua agama kerana al-Quran dengan jelas menegaskan bahawa �Tidak harus ada sebarang paksaan dalam urusan agama.� [2:257] Ini bermakna, tiada paksaan atau kekangan dalam hal-hal kepercayaan atau ketidakpercayaan. Namun, kedudukan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tidak selari dengan pandangan Islam yang umum mengenai murtad. Bagi yang sudah pun beriman dengan Islam dan kemudian meninggalkannya, mereka telah melakukan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Menurut majoriti besar ulama Islam, perbuatan murtad jatuh di bawah kesalahan hudud yang membawa kepada hukuman mati.

Kembali ke atas