Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ja.han] | حجهن

Definisi : hujah: adanya pentafsir belum men­jamin ketepatan maklumat dan ~ yg diketengahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hujah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan alasan, pandangan, bukti, dalil, pendapat, kewajaran, kerasionalan;,
Kata Terbitan : berhujah, menghujahkan, hujahan, penghujahan, penghujah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya masih lagi keliru tentang penggunaan yang betul kata sendi 'pada' dan 'kepada'. Walaupun banyak sudah penjelasan dan penerangan dalam buku-buku panduan dan internet, namun saya masih keliru contohnya: bergantung pada hujahan, atau bergantung kepada hujahan? Begitu juga dengan memberikan focus pada isu, atau focus kepada? Adakah saya betul jika saya katakan- bergantung kepada hujahan tetapi bergantung pada papan yang disandarkan? Begtu juga, focus kepada isu, dan focus pada benda optik yang diperhujahkan? Terima kasih Abdul Karim

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan  letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepadajuga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepadainstitusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan.

Lain-lain26.12.2017
Adakah semua kata adalah morfem?Berikan SATU hujahan bagi menyokong jawapan anda dalam satu ayat yang jelas. Sertakan contoh yang kukuh.Data daripada Kamus Dewan, morfem ialah satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi ter­tentu: perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an.Tatabahasa19.04.2015
Adakah semua morfem adalah kata?Berikan SATU hujahan bagi menyokong jawapan anda dalam satu ayat yang jelas. Sertakan contoh yang kukuh.Data daripada Kamus Dewan, morfem ialah satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi ter­tentu: perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an.Tatabahasa19.04.2015
Apakah ciri-ciri teks ucapan?Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain02.07.2008
Saya ingin mendapatkan bantuan istilah yang boleh digunakan dalam bahasa melayu untuk (1) scaffolding argumentation in the classroom (2) soft science (3) scaffolding in teaching and learning process Sekian terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep:

a) scaffolding argumentation in the classroom = Hujahan sokongan di dalam kelas
b) soft sciences = Ilmu Sains Ringan
c) scaffolding in teaching and learning process = Sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran  
Penyemakan dan penterjemahan06.02.2017
saya perlu bantuan untuk menyediakan teks uacapan bagi pegawai daerah dan Ketua Cawangan. Contoh teks ucapan pengerusi majlis

Teks ucapan mengandungi: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan dan provokasi; dan iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).

Lain-lain12.07.2011
Ciri-ciri penulisan karangan yang berkualiti berfokuskan kepada pemilihan kata(diksi) 1/ Definisi diksi 2/ Ciri-ciri penulisan 3/ Contoh penulisanDiksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Contoh penulisan : berbentuk naratif, deskriptif, hujahan, laporan, dll.Makna13.01.2008
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya.Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain12.04.2010
Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan?

Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah.  Jika  saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara,  maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan.

 Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai?  Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. 

Salam takzim.

Lain-lain03.08.2010

Kembali ke atas