Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian hujung susu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ankyloglossia;ankiloglosiaPergigianTiadaFrenum lidah yang pendek atau mempunyai lekatan yang hampir dengan hujung lidah. Ankiloglosia mengakibatkan gangguan pergerakan lidah dan boleh menyukarkan kanak-kanak ketika menghisap susu atau menjilat makanan serta boleh mempengaruhi pertuturan. Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh anomali pembentukan. Pembedahan untuk membetulkan kedudukan frenum lidah ini hanya dilakukan sekiranya fungsi tersebut terganggu. Lidah dibebaskan melalui pembedahan kecil dengan memotong fiber yang mengikatnya pada lantai mulut. Sinonim lidah terikat
papillapapilaBiologiHistologi dan Sitologi1. Rambut atau bulu pada permukaan epidermis yang tumbuh berdekatan kelenjar. 2. Organ pelekat tambahan yang hujungnya dapat mengecut, seperti yang terdapat pada kebanyakan trematod. 3. Satu daripada bermacam-macam-macam jenis bonjol korium pada lidah dan eminen kulit. 4. Struktur berbentuk kon, seperti puting susu, bahagian hujung piramid buah pinggang, papila lakrimal pangkal bulu burung dan lain-lain lagi.
broken rhymerima putusKesusasteraanPuisiRima yang dibentuk oleh penyair dengan memutuskan atau mematahkan sesuatu perkataan yang terletak di hujung baris sebuah puisi terutama puisi moden. Contohnya, puisi "Doa Orang Sengsara" karya Moechtrif Awang. i Di padang bagai ular kemarau melingkar jerami pun terbakar di laut bagai harimau gelombang mengaum ikan pun menggelepar di ladang bagai kucing hujan mencakar susu pun cair.
docosahexaenoic acid (DHA)asid dokosaheksaenoik (DHA)Makanan dan PemakananPemakananSejenis asid lemak yang mempunyai rantai-22 karbon dan enam ikatan heksa ganda dua. Asid dokosaheksaenoik dikenali sebagai asid lemak omega-3 kerana ikatan kembar cis pertama terletak pada karbon ketiga dari hujung omega. Nama singkatan DHA dalam tatanama asid lemak ialah 22: 6 (n-3). DHA boleh didapati secara semula jadi dalam ikan yang berlemak seperti ikan salmon, sardin, ikan hering, ikan kod, dan susu ibu. DHA juga sangat diperlukan dalam diet bayi yang baru lahir. Asid lemak omega-3 boleh dihasilkan daripada asid alfa-linolenik sejenis asid lemak perlu yang terdapat dalam tumbuhan.
Moringa ptergospermakacang kelorHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok kecil dalam famili Moringaceae yang dikenali juga sebagai remunggai. Tumbuhan ini berasal dari India dan Sri Lanka. Tingginya sehingga 10 m dan tumbuh subur di kawasan terdedah. Daunnya jenis tripinat dan mengandungi anak daun bersaiz kecil. Anak daun tersusun bersetentang dan berwarna hijau pucat. Jambak bunganya jenis panikel yang keluar dari celah tangkai daun dan berwarna putih. Buahnya jenis lenggai dan panjang lebih kurang 45 cm dan runcing di hujung. Biji yang masak berwarna perang gelap, mempunyai tiga bucu dan bersayap nipis. Daunnya dibuat sayur oleh ibu selepas bersalin untuk menggalakkan pengeluaran susu. Akarnya dibalut pada perut untuk menegangkan semula kulit perut. Daun yang telah dilumatkan ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu. Daun dan buah dimakan untuk mengubati masalah penghadaman. Akar digunakan untuk merawat sakit kepala. Minyak biji digunakan sebagai sapuan untuk merawat sakit sendi. Daun dan buah muda dibuat sayur. Daunnya kaya dengan vitamin A dan kalsium, dan buahnya kaya dengan vitamin C.

Kembali ke atas