Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : peraturan mengenai cara hidup dll menurut Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan perkataan bahasa Melayu untuk "tabarruj"?Tabarruj ialah perkataan bahasa Arab, secara literalnya bermaksud berhias. Apabila dikaitkan dengan hukum Islam, tabarruj diperluaskan maknanya kepada pertunjukkan keindahan yang dilakukan oleh kaum wanita yang mana pertunjukkan itu dapat menarik perhatian kaum lelaki dari aspek syahwat. Untuk maklumat lanjut, sila bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam hal hukum Islam atau untuk maklumat awal bolehlah merujuk buku agama yang membahaskan tajuk yang tersebut.Makna17.05.2013
Merujuk Kamus Dewan, perkataan "mahram" = Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hu­bungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).; dan perkataan "muhrim" = Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram. Persoalan: mengapa perlu ada makna kedua bagi perkataan "muhrim" yang diertikan sebagai "mahram"? Bukankah "muhrim" dan "mahram" mempunyai makna yang amat berbeda?Pendapat tuan mengenai muhrim dan mahram adalah betul. Muhrim dan mahram mempunyai maksud yang berbeza seperti dalam Kamus Dewan. Untuk makna kedua bagi muhrim, iaitu  perkataan mahram digunakan dalam bahasa percakapan. Tuan boleh merujuk Kamus Pelajar yang ditandai dengan bp mahram. Bahasa percakapan tidak digalakkan untuk tujuan rasmi.Tatabahasa11.09.2013
Salam. Saya ingin bertanya, adakah panduan untuk penggunaan perkataan-perkataan berikut dalam sesuatu ayat: syariat, syariah, syarii, dan syarak? Terima kasih.Syariat, syariah dan syarak ialah perkataan yang sama dalam bahasa Arab yang bermaksud hukum Islam, sebutannya berbeza kerana kedudukan (pada awal, tengah atau akhir ayat) dan fungsi kata tersebut dalam ayat bahasa Arab, manakala syarii bermaksud mengikut hukum Islam.Istilah09.06.2011
Assalamualaikum Kenapakah al-Quran dieja dengan huruf besar tetapi hadis dieja dengan huruf kecil padahal kedua-duanya merupakan sumber utama hukum dalam perundangan Islam. Sepatutnya kedua-duanya dieja dengan huruf besar bagi memuliakan wahyu ilahi.

Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup manusia (untuk dunia dan akhirat). Al-Quran digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. 

Hadis pula membawa maksud sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (untuk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam). Perkataan hadis digolongkan dalam kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Tatabahasa18.09.2019
Selamat malam,Puan.Bolehkah saya tanya apakah maksud sistem insurans islam dari segi perniagaan?Pada asasnya sesuatu sistem yang bersandarkan Islam termasuklah insurans ialah peraturan yang mengikut asas dan hukum agama Islam. Untuk maksud yang lebih terperinci, sila rujuk artikel atau jurnal yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Makna18.11.2021
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin meminta pendapat berkenaan hukum D-M bagi frasa "Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Kuantan". Adakah frasa berkenaan perlu disusun semula menjadi "kampus Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia"? Daripada pembacaan dan rujukan, lazimnya nama universiti akan ditulis atau dinyatakan terlebih dahulu sebelum diikuti oleh lokasi kampus. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.Penggunaan frasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan adalah betul dan mantap. Contoh lain yang boleh digunakan adalah seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Timur.Tatabahasa17.06.2016
Sehubungan dengan itu, ulama Islam telah berselisih pendapat mengenai hukum menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa lain. Beberapa ulama seperti Muhammad Rashid Ridha, Muhammad Said al-Bani dan Muhammad Sulaiman berpandangan bahawa hukum menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa lain adalah diharamkan. Soalan: Adakah penggunaan 'ke' tepat? atau cukup dengan 'dalam' sahaja?Penggunaan kata sendi yang tepat ialah dalam. xxx menterjemahkan al-Quran dalam bahasa lain.Lain-lain01.12.2020
rujuk 1. buku teks pendidikan islam ting.1, terbitan dbp 2. carian di http://prpm.dbp.gov.my/ ejaan jawi bagi supaya, budaya dan daya mengekalkan alif terakhir dalam sukukata kvkv. ini bertentangan dengan hukum darlung. mohon penjelasan. terima kasihEjaan supaya (سوڤايا) dan budaya (بودايا) ialah kekecualian Hukum Darlung bagi membezakannya dengan ejaan supai dan budai.Ejaan25.04.2019
1.Ejaan untuk Al-Quran memang kena huruf besar ke A dan Q? 2. Yang mana satu yang betul, hadis & hadith? 3. Apa beza hadis dan sunnah?Salam sejahtera

1. Ejaan yang betul ialah al-Quran
2. Ejaan yang betul bagi hadis atau hadith ialah hadis
3. Hadis ialah sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg di­riwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama IslamSunah ialah peraturan (dlm agama Islam) yg berdasarkan perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW. 
Ejaan31.07.2016
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, bagi entri 'makruh' dalam kamus dewan, mengapakah ia diberi label Ar(ab) dan bukannya label Isl(am) ? Mohon penjelasan mengapa terdapat perbezaan dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) mengenai label bagi entri 'makruh'. Selain itu, adakah semua kata yang Isl(am) berasal dari bahasa Arab? Adakah semua kata Ar(ab) berhubungan dengan agama Islam Sekian terima kasih.Kamus Dewan memberi label mengikut etimologi kata, bukan konteks penggunaannya. Contohnya label Ar bermaksud kata makruh bersumberkan bahasa Arab dan lazimnya istilah atau kata umum yang berkaitan dengan agama Islam berasal daripada bahasa Arab kerana sumber hukum diambil daripada kitab Arab. Untuk makluman entri kata Arab dalam Kamus Dewan diselia oleh pakar dalam bidang berkenaan.Istilah16.06.2020
12

Kembali ke atas