Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : peraturan mengenai cara hidup dll menurut Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ahkam Islamhukum IslamPerniagaan IslamTiadaPerintah, suruhan atau larangan yang ditujukan kepada manusia. Hukum Islam ialah syariat Allah yang meliputi hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sumber hukum Islam yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak dan qias.
Islamic banking systemsistem perbankan IslamEkonomiEkonomi IslamPerbankan yang selaras dengan sistem nilai dan hukum Islam. Semua urus niaga adalah berdasarkan syariah dan menggunakan kaedah fiqh. Sistem perbankan Islam di Malaysia pada awalnya kenali sebagai sistem perbankan tanpa faedah (SPTF). Sistem ini bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada 1983. Pada 1993, bank konvensional juga dibenarkan menawarkan produk dan kewangan Islam melalui jendela Islam. Bermula pada 2005, bank konvensional dibenarkan menubuhkan subsidiari perbankan Islamnya sendiri. Terdapat tiga fungsi utama penubuhan perbankan Islam iaitu pertama, menerima simpanan daripada pelanggan seperti akaun semasa dan akaun simpanan yang berasaskan akad al-Wadi’ah Yad al-Damanah. Kedua, mengeluarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan pembelian rumah atau kereta yang menggunakan akad Bai’ Bithaman ‘Ajil. Ketiga, menyediakan perkhidmatan kewangan seperti pertukaran mata wang asing (al-Sarf), kiriman wang dan kemudahan pembayaran gaji. Perbankan Islam juga menawarkan pelbagai produk lain seperti jualan aset, pajakan modal, pajakan operasi, urus niaga sekuriti hutang, surat jaminan, surat kredit, modal kerja dan akaun pelaburan. Sinonim perbankan tanpa riba, sistem perbankan tanpa faedah (SPTF).
Islamic Fiqh AcademyAkademi Fikah IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris�.
ithbat hukmpenetapan hukumPerniagaan IslamTiadaPenentuan hukum terhadap perbuatan atau perbualan individu, yang berkaitan dengan urusan sesama manusia atau Allah s.w.t. Penetapan hukum adalah wajib, haram, harus, sunat atau makruh berdasarkan dalil syarak, sama ada disepakati atau sebaliknya.
إثبات الحكمpensabitan hukumAgama IslamFiqhPensabitan hukum ke atas seseorang berasaskan dalil-dalil syarak dan qarinaṯ.
ahkam malhukum hartaPerniagaan IslamTiadaPerintah atau suruhan yang ditujukan kepada manusia yang berkaitan harta berbentuk fizikal atau perkhidmatan. Pemilikan dan penggunaan harta tertakluk kepada hukum yang lazim seperti jual beli, sewa dan pinjaman.
Islamic lawHukum Syarak; Undang-Undang IslamUndang-undangTiadaTiada
إقامة الحدpelaksanaan hukum hadAgama IslamFiqhMelaksanakan hukuman keseksaan yang telah ditentukan oleh Allah pada kesalahan jenayah iaitu zina, tuduhan kepada perempuan mukmin melakukan zina, meminum arak, mencuri, merompak, menderhaka dan murtad.
aqd musammāakad bernamaPerniagaan IslamTiadaAkad yang telah ditetapkan hukum oleh syarak berdasarkan nama akad. Contohnya, akad jual beli yang terangkum di dalamnya hukum jual beli atau akad sewa yang terangkum di dalamnya hukum sewaan.
law capital mergerpercampuran modal hukumEkonomiEkonomi IslamPencampuran modal yang berlaku secara fizikal sehingga tidak boleh ditentukan pemilik asalnya. Keadaan ini berlaku apabila semua rakan kongsi menyumbangkan modal dalam bentuk yang sama. Contohnya, semua memberikan modal dalam bentuk emas atau kambing sahaja. Percampuran modal hukum mestilah juga merupakan percampuran modal fizikal.
1234

Kembali ke atas