Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ku.man] | حکومن

Definisi : 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melang­gar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mah­ka­mah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ku.man] | حکومن

Definisi : seksaan, penderitaan dll yg dikenakan kpd orang yg melakukan kesalahan; keputusan yg dibuat oleh hakim dsb: Mahkamah telah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup ter­hadap kedua-dua orang pengkianat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,

Peribahasa

Bak ajung berat sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hukuman pesalah bahasa melayuFuad HashimUtusan Melayu17.07.2006
Hukuman 'kejam' bendung jenayahNasron Sira RahimBerita Minggu12.11.2006
Hukuman penjara tak patahkan semangat Rendra dedahkan penyelewenganpemerintahMillership, PeterUtusan Malaysia01.01.1986
Hukuman berat ke atas pengikut ajaran sesat - Usman AwangTiadaWatan23.05.1989
Hukuman membunuh kreativitiAinon MohdUtusan Malaysia18.10.1996
HukumanNorawi KataHarian Ekspres05.01.1999
Hukuman dan nilaiRustam A. SaniUtusan Malaysia19.02.1997
HukumanSiti Hawa Mohd. HassanBerita Minggu21.06.1998
Hukuman Dari Seorang AyahZakry AbadiWarta Mingguan01.10.1966
HukumanLokman Haji AbdullahUtusan Zaman10.05.1987
1234

Kembali ke atas