Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.lu] | هولو

Definisi : 1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.lu] | هولو

Definisi : 1 kepala: gering ~ sakit kepala. 2 bahagian sungai sebelah atas tempat air sungai mula mengalir; udik: Air sungai yg deras mengalir dr ~. 3 kawasan atau daerah yg jauh dr pekan atau kota; pedalaman. 4 tempat memegang pd sesuatu alat (keris, parang, pisau dll); gagang; tangkai: ~ keris; ~ parang; ~ pisau. berhulu 1 bermula dr (bkn sungai); terbit di: Sungai ini ~ di Gunung Tahan. 2 memakai hulu; ada hulunya; bertangkai. berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd; berhulu akan: parang yg ~ besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.


Lihat selanjutnya...(139)
Peribahasa

Hulu malang pangkal celaka.

Bermaksud :

Permulaan segala bencana.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIALEK MELAYU HULU TERENGGANUDIALEK MELAYU HULU TERENGGANU, dialek yang dituturkan oleh penduduk lebih kurang 60 buah kampung di Hulu Terengganu sebagai bahasa ibunda mereka. Kesemua kampung itu terletak di Lembangan Sungai Terengganu, iaitu di bahagian hulu kampung Kuala Telemong. Selain penutur dialek Hulu Terengganu (DHT), di daerah Hulu Terengganu itu terdapat juga penutur dialek lain, terutamanya di Kuala Berang, dan di Mukim Penghulu Diman, yang sebenarnya terletak di kawasan sistem pengairan Sungai Marang, bukan Sungai Terengganu. BAHASABahasa
HULU PERAKHULU PERAK, kawasan yang aktif pada zaman prasejarah. Hulu Perak adalah salah sebuah daerah di negeri Perak. Kawasan ini disaliri oleh Sungai Perak, sungai terpanjang di Perak. SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
PEDIH HULU HATI UMUM 
HULU

HULU, permulaan sungai. Makna ‘hulu’ bertentangan dengan ‘hilir’, yang bermakna hujung sungai. Faktor persekitaran menyebabkan pertumbuhan petempatan di tebing sungai di negeri-negeri Melayu. Oleh itu, perhubungan antara hulu dengan hilir memainkan peranan dalam politik orang Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KAMPUNG HULU

KAMPUNG HULU,  kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ASSYRIA

Assyria, negara purba yang terletak di hulu

sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya

meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak

perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun

Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat

Iraq.

UMUM 
PIEDMONT

Piedmont ialah wilayah Itali di kawasan lembah

hulu Sungai Po. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

politik). Nama Piedmont bermaksud kaki gunung

iaitu merujuk kepada kedudukan kawasan yang

terletak di kaki Banjaran Alp.

UMUM 
SUNGAI WESER

Sungai Weser adalah laluan air yang penting di

Jerman. Hulu air utamanya, iaitu Werra, berpunca

dari lereng barat daya Hutan Thüringian di tengah

Jerman. Sungai Weser berliku-liku sepanjang 700

kilometer ke kualanya di Laut Utara, berhampiran

Bremerhaven. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta

muka bumi). Pada tahun 1894, selatnya telah

diperdalamkan dari kualanya ke Bremen, kira-kira

72 kilometer ke selatan, supaya kapal-kapal besar

boleh belayar ke Bremen.

UMUM 
DEMANG LEBAR DAUN

Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi

kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara

Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit

Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah

Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang

pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang

Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya.

UMUM 
SUNGAI RHÔNE

Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang

penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana

keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di

glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian

melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang

dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps

Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir

keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik

Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier

di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini

selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi

inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron,

untuk memerikannya sebagai “deruan biru Rhône

yang meluru seperti anak panah.”

UMUM 
12345678

Kembali ke atas