Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.lu.ba.lang] | هولوبالڠ

Definisi : 1. ketua pasukan askar, pemimpin pasukan; 2. (Acheh) kepala negeri (daerah); 3. Pr gelaran orang besar yg delapan; 4. askar pengawal; 5. pengawal keamanan kampung, dubalang; ~ asal sl kepala bentara yg dr kanan; habis ~ bersiak prb apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yg ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.lu.ba.lang] | هولوبالڠ

Definisi : orang yg memimpin pasukan askar; pemimpin atau ketua pasukan askar: Hang Tuah ialah ~ Melayu yg masyhur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hulubalang
Rujuk :perajurit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ULEEBALANGULEEBALANG, jawatan hulubalang dalam pasukan tentera Aceh, Sumatera, Indonesia.  Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.  Uleebalang mengetuai sebuah negeri (daerah).  Sebuah negeri terdiri daripada beberapa mukim uleebalang dan uleebalang sebuah negeri mendapat mandat daripada Sultan Aceh untuk mengepalai negeri tersebut.  Sementara di daerah-daerah jajahan, sultan tidak melantik wakil baharu, sebaliknya menyamatarafkan raja-raja di bawah jajahannya dengan jawatan uleebalang.  Raja-raja ini tidaklah menggunakan pangkal gelaran uleebalang tetapi menggunakan gelaran setempat.  Contohnya uleebalang di Gayo dan Alas mendapat mandat terus daripada Sultan Aceh.  Uleebalang di daerah tersebut dipanggil dengan gelar ‘Keudjuruan’.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PANGLIMA

PANGLIMA, gelaran yang diberikan kepada tokoh yang mempunyai sifat kepahlawanan seperti berani, bijak dan tangkas bermain senjata.  Seorang panglima mestilah sudah mengetahui dan mempelajari segala selok belok ilmu hulubalang.  Dalam kehidupan sehari-hari masyarakat tradisi Melayu, gelaran panglima lazim diberikan kepada individu yang berlagak atau mempunyai sifat dan ilmu tersebut.  Kadangkala seorang panglima juga dilantik menjadi ketua daerah atau angkatan perang dan pertahanan diraja kerana kegagahan dan ketaatannya.  Walau bagaimanapun 'panglima' lebih merupakan gelaran dan bukan pangkat yang tetap seperti laksamana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB

SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB, ( ? - ? ), penasihat Sultan Siak. Nama sebenarnya ialah Syed Othman Syahabudin Syed Abdullah al-Syabab. Beliau ialah seorang pengembara Arab. Beliau telah mengahwini Tengku Embung Badariah, puteri Raja Alam dari Siak. Syed Othman kemudiannya telah dilantik sebagai ketua hulubalang Siak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas