Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ma] | هوما

Definisi : 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya); berhuma 1. mempunyai huma; 2. mengerja­kan huma, bercucuk tanam di huma: adalah pd masa itu segala rakyat dlm kesukaran kerana tengah ~; dikatakan ~ lebar, sesapan di halaman prb memegahkan kekayaan dll tetapi tidak ada bukti kekayaannya dll; memperhumai mengerjakan tanah utk di­buat huma: mereka ~ tanah di bukit itu; perhumaan 1. perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di huma): ~ terpaksa dijalankan kerana hujan yg sedikit itu; 2. tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ma] | هوما

Definisi : tanah kering yg ditanami padi; ladang padi; tanah hutan yg baru d­itebang atau ditebas utk bercucuk tanam. berhuma menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. perhumaan 1 tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. 2 perbuatan (hal dll) berhuma atau mengerjakan huma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huma
Rujuk :tani

Puisi
 

Pergi ke huma mencari capa,
     Capa ada di pokok inai;
Sudah lama tidak berjumpa,
     Rasa abang macam tak kenal.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unpland ricepadi humaSosiologiTiadaTiada
dry padi (hill padi)padi huma/padi bukitGeografiTiadaPadi yang tidak memerlukan air yang banyak semasa pertumbuhannya.
dry padi (hill padi)padi huma/padi bukitPertanianTiadaTiada
bangkat antak Sel.bangkat antak Sel.KesenianTiadaBangkat gunjan yang berturus, berlagkau, buatannya lebih halus dan kemas, dan digunakan untuk membawa pemberian gawai ke huma semasa upacara jampi atau untuk memuatkan hantaran ketika meminang.
sawak (Bj.)sawak (Bj.)KesenianTiadaBakul junjung daripada buluh, rotan atau kulit bemban, berbucu empat di bahagian tapak, bertukod dan berbingkai, dan digunakan untuk menakung padi huma ketika menuai.
aerobic ricepadi aerobPertanianAgroteknologiPadi yang ditanam tanpa menggunakan air yang banyak, iaitu kira-kira 500 mm hingga 900 mm berbanding 1300 mm untuk padi sawah. Teknik penanaman seperti ini tidak memerlukan kawasan yang dibanjiri air. Air hanya diberikan untuk memenuhi keperluan tumbesaran. Secara tradisional, padi aerob telah diamalkan untuk padi huma di Sabah dan Sarawak, tetapi hasilnya rendah. Jenis padi aerob terkini mempunyai keupayaan untuk memberikan hasil yang tinggi, sehingga 6 atau 7 tan sehektar.

Kembali ke atas