Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ma.nis.tik] | هومانيستيک

Definisi : bersifat kemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata humanistik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
free willkemahuan bebasPsikologiPsikologi UmumTerapi daripada kelompok humanistik yang mementingkan kemampuan atau kebolehan individu untuk memilih sesuatu secara bebas. Pendekatan ini bertentangan dengan pendekatan determinisme yang menekankan bahawa tingkah laku individu itu dikawal oleh sesuatu di luar kawalan mereka seperti pelaziman. Walaupun individu boleh dipengaruhi oleh pengalaman lampau, individu tersebut masih mempunyai kebebasan untuk memilih gaya hidup yang kreatif, bermakna dan memuaskan. Dalam terapi secara eksistensial, klien diberikan keyakinan agar mempunyai pilihan untuk menjadi sesiapa sahaja yang disukai.
existential counselingkaunseling kewujudanPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka.

Kembali ke atas