Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keadaan hati (gembira, sedih, marah, senang, dll); 2. kebolehan menyatakan seĀ­suatu yg menggelikan hati; 3. sesuatu yg menggelikan hati dlm cerita dll, kelucuan: ia hanya tahu tertawa dan menyaksikan ~ pd manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg menggelikan hati (dlm cerita dll); lawak jenaka; kelucuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata humor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? Contoh ayat: The Engaging Humor path is designed to help you build your skills as a humorous and engaging public speaker.Kami mencadangkan "engaging humour" diterjemahkan sebagai "bergurau senda" atau "jenaka bersahaja". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna22.07.2021
Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? adakah Jenaka Yang Menarik, Melibatkan Jenaka atau Menawan Unsur Jenaka?Mohon tuan/puan untuk memberikan contoh ayat supaya kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat dan mengikut konteks yang sesuai.Istilah18.07.2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mempunyai keraguaan berkaitan dengan penggunaan ayat tragis dan tragik. Bila masa dan keadaan dalam penulisan untuk kita gunakan ayat tragis dan tragik secara sesuai dalam petikan. Sebagai contoh a. " kesan akibat gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan tragik. atau b. "kesan akibat gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan tragis.Mengikut Kamus Dewan, perkataan ‘tragik’ ialah penuh tragedi, menyedihkan.  Contoh ayat, peristiwa ini mengandungi humor dan tragik sekali gus, manakala perkataan ‘tragis’ pula dilabelkan bahasa Indonesia-Belanda yang membawa maksud sangat sedih, sangat menyedihkan.  Contoh ayat menggunakan perkataan ‘tragis’ ialah cerita itu mengisahkan percintaan yang tragis.  Dari aspek makna, kedua-dua mempunyai makna yang sama, iaitu berkaitan dengan tragedi (peristiwa (keadaan) yang menyedihkan, yang berbeza cuma labelnya.  Ayat anda boleh dibetulkan kepada Gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa dengan tragik serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan teruk.Tatabahasa29.04.2019

Kembali ke atas