Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keadaan hati (gembira, sedih, marah, senang, dll); 2. kebolehan menyatakan se­suatu yg menggelikan hati; 3. sesuatu yg menggelikan hati dlm cerita dll, kelucuan: ia hanya tahu tertawa dan menyaksikan ~ pd manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg menggelikan hati (dlm cerita dll); lawak jenaka; kelucuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata humor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUMOR VITREUS UMUM 
ADE, GEORGE

Ade, George (1866–1944) ialah penulis Amerika

yang menulis karya humor dan drama. Dia juga

ialah seorang wartawan. Ade menjadi masyhur

menerusi cerita lucunya yang ditulis dalam bahasa

percakapan harian dan slanga popular kawasan luar

bandar Midwest, terutamanya dialek Indiana, negeri

kelahirannya. Karya Ade yang terkenal ialah Fables in

Slang (1899), sebuah koleksi cerita yang mencontohi

Aesop’s Fables .

UMUM 
DAY, CLARENCE

Day, Clarence (1874–1935), penulis Amerika. Dia

menjadi terkenal kerana dua buku sketsa humor

mengenai keluarganya yang bertajuk Life with

Father (1935) dan Life with Mother (diterbitkan

pada tahun 1937, selepas dia meninggal dunia).

Buku ini telah dijadikan drama, Life with Father

(1939), yang menjadi satu daripada drama yang

paling popular dalam sejarah teater Amerika.

UMUM 
DENNIS, C.J.

Dennis, C.J. (1876–1938) yang mendapat gelaran

Laureate of the Larrikin, dianggap salah seorang

penyair Australia yang penuh humor dan lucu. Dia

popular kerana baladanya yang bertenaga, ditulis

dalam loghat larrikin (iaitu bahasa generasi anak

muda liar) dalam masyarakat Australia.

UMUM 
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM 
SPARK, MURIEL

Spark, Muriel (1918– ) ialah wanita British yang

terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi

novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak

aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor,

tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami

persoalan moral dan agama yang serius.

UMUM 
LI BO

Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga

China yang agung. Namanya dieja dengan

beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa

ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana

bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan

gambaran romantiknya tentang alam semula jadi,

terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis

puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah

banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk

menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya.

Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi

tentang etika dan norma kesusilaan.

UMUM 
SALINGER, J.D.

Salinger, J.D. (1919– ), pengarang Amerika

yang menjadi terkenal kerana novelnya The

Catcher in the Rye (1951). Wira novel ini yang juga

penceritanya, Holden Caulfield, ialah penuntut

yang tercicir dari sekolah persediaan. Semasa

hanyut di New York City, Holden belajar

menghadapi kepura-puraan yang ditemuinya

dalam kehidupan dunia orang dewasa dan

kelemahannya sendiri. Dalam novel ini dan dalam

banyak fiksyen yang dihasilkannya kemudian,

Salinger secara humor dan meyakinkan

menggambarkan ucapan, gerak-geri dan perasaan

orang muda.

UMUM 
TAWABI' WA AL-ZAWABI', AL-

Tawabi‘ wa al-Zawabi‘, al- ialah karya sastera

yang ditulis oleh Abu Amir Ahmad ibn Abd al-

Malik ibn Shuhayd al-Qurtubiy al-Andalusiy (382–

426 H.). Karya ini merupakan kisah khayalan yang

menceritakan tentang pengembaraan dalam alam

jin. Wiranya bertemu dengan sasterawan-sasterawan

jin lalu dia mempelajari ilmu itu

daripada mereka dan dalam cerita ini berlangsung

perbincangan antara mereka. Beberapa bentuk

kritikan dan humor yang terhad dimasukkan ke

dalamnya.

UMUM 
KESUSASTERAAN SEPANYOL

Kesusasteraan Sepanyol ialah salah satu

daripada kesusasteraan yang paling kaya dan

pelbagai antara semua kesusasteraan Eropah.

Selain mempunyai keperibadian yang teguh,

penulis Sepanyol terdedah kepada kesusasteraan

tradisi Kebaratan Eropah serta tradisi Ketimuran

Afrika Utara. Hasilnya mereka melahirkan satu

kesusasteraan yang bersifat asli, kemas, realistik,

berwarna-warni, humor, dan berlirik.

UMUM 

Kembali ke atas