Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ri.kan] | هوريکن

Definisi : taufan yg sangat kencang yg terjadi di utara Lautan Atlantik dan Laut Karibia, Teluk Mexico dan di timur bahagian utara Lautan Pasifik pantai barat Mexico. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hurikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hurricane wavegelombang hurikanSainsHidrometeorologienaikan tiba-tiba aras aut yang berkaitan dengan hurikan, sebagaimana yang dialami di pulau dan sepanjang pesisir. Di kawasan latitud rendah, gelombang hurikan nampaknya terjadi berhampiran pusat ribut. Akan tetapi apabila hurikan bergerak kekawasan latitud tinggi, gelombang maksimum nampaknya semakin lebih berkaitan dengan separa bulatan yang bahaya sahaja.
hurricane windangin hurikanSainsHidrometeorologiAngin kencang siklon tropika (hurikan atau taufan). Istilah ini tidak mempunyai konotasi teknikal yang lain, tetapi ia mudah dikelirukan dengan angin berdaya hurikan.
hurricaneforce windangin daya hurikanSainsHidrometeorologiAngin yang kelajuannya ialah 64 knot atau lebih, mengikut skala Beaufort. Kegunaan istilah ini menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka yang kurang berpengalaman kerana angin daya hurikan pernah berlaku tanpa pengaruh hurikan.
huricane warningamaran hurikanSainsHidrometeorologiAmaran kedatangan hurikan. Untuk tujuan yang berkaitan dengan kelautan, tanda amaran ini ialah dua bendera merah bersegi empat dengan warna hitam di tengah-tengah pada waktu siang dan tanglung putih diapit dua tanglung merah pada waktu malam.
hurricane trackingpenjejakan hurikanSainsHidrometeorologiPenentuan kedudukan siklon tropika (hurikan) pada masa-masa berturutan dengan menggunakan radar atau kaedah lain untuk mengesan laluannya. Laluan ini dilukis pada carta untuk membolehkan ramalan kedudukan siklon dibuat pada masa akan datang.
hurricane waveombak hurikanGeografiTiadaLuruan ombak besar (tsunami) disebabkan tiupan hurikan di permukaan lautan.
hurricane microseismmikroseisme hurikanGeografiTiadaGegaran yang dirasai di sebuah kawasan bila dilanda hurikan.
hurricane tideombak hurikanGeografiTiadaKenaikan tiba - tiba aras laut bila sebuah pulau dilanda hurikan.
hurricanehurikanSainsHidrometeorologiSiklon tropika yang sangat kencang yang terjadi di Lautan Atlantik Utara dan Laut Karibean, Teluk Mexico dan di timur bahagian utara pasifik pantai barat Mexico.
hurricanehurikanMeteorologiMeteorologi PerhubunganTaufan yang sangat kencang yang terjadi di Lautan Atlantik Utara dan Laut Caribbean. Teluk Mexico di timur bahagian utara Pasifik pantai barat Mexico.
123

Kembali ke atas