Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.tan] | هوتن

Definisi : 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa guna­nya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil man­faat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi po­kok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawa­san, dll) hutan: tanah bekas ditanam tem­bakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) ber­kena­an hutan; pegawai ~ pegawai yg men­jalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) mena­nami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.tan] | هوتن

Definisi : kawasan tanah yg ditumbuhi pokok-pokok (yg biasanya tidak dipelihara orang); rimba: Mereka pergi ke ~ mencari kayu api. ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok bakau. ~ belantara hutan yg besar. ~ lepas (rimba) hutan yg besar (yg belum dibuka orang). ~ lipur hutan tempat bersenang-senang (berehat-rehat) utk menyegarkan badan. ~ simpan kawasan hutan yg pokoknya tidak boleh ditebang. perhutanan ilmu, pengurusan dll ttg hutan: Jabatan ~; istilah ~. pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja-kerja yg berkaitan dgn hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,

Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Hinggap di tanah mencari makan;
Hendak memikat burung di hutan,
     Burung di sangkar mati tak makan.


Lihat selanjutnya...(98)
Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di hutan atau di dalam hutan? ataupun kedua-dua diterima?Kedua-dua frasa di hutan dan di dalam hutan betul dan boleh digunakan Contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan" dan "Pokok balak banyak terdapat di hutan simpan.Tatabahasa25.10.2017
HARIMAU TINGGAL DI DALAM HUTAN ATAU HARUMAU TINGGAL DI HUTAN DALAM? AYAT MANAKAH YANG BETUL? HUTAN DALAM BERERTI JAUH DALAM HUTAN MANAKALA DI DALAM HUTAN SEPERTI LEBIHAN AKJEFTIF. AYAT SEPERTI 'DI DALAM HUTAN TERDAPAT SEEKOR HARIMAU YANG GARANG' AYAT INI MEMANG BETUL. SILA CONFIRM KAN TERIMA KASIH. SEKIRANYA SAYA BERTANYA ' SAYA TINGGAL DI DALAM KAMPUNG ATAU SAYA TINGGAL DI KAMPUNG'?1. Harimau tinggal di dalam hutan. 2. Saya tinggal di kampung.Tatabahasa28.07.2015
Adakan DBP menerbitkan buku yang bertajuk Audit Hutan atau Pengauditan Hutan di Malaysia, Sejarah Audit Hutan atau Pengauditan Hutan di Malaysia ataupun yang lebih kurang dengan tajuk tersebut. Sekian terima kasihTuan boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP untuk bertanyakan berkenaan penerbitan buku ini.Nombor telefon Kedai Buku Koperasi ialah 03-21479636. Terima kasih.Lain-lain30.06.2014
Hutan simpanan @ hutan simpan yang mana betul?Istilah bahasa Melayu yang betul ialah hutan simpan.Istilah07.05.2012
Adakah hutan simpan di sesuatu lokasi perlu dieja dengan huruf besar seperti Hutan Simpan Bukit Nanas atau Hutan Simpan Pasoh? Atau memadai dengan hutan simpan Pasoh.Frasa yang merujuk nama khas perlu ditulis dengan huruf besar. Hutan Simpan Bukit Nanas dan Hutan Simpan Pasoh merujuk kepada nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa01.07.2015
Apakah perkataan yang sesuai :hutan simpan atau hutan simpanan.

Istilah yang betul ialah hutan simpan.

Istilah26.04.2011
apakah maksud hutan kita khazanah kita?Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain09.02.2007
Assalamualaikum, mohon pencerahan daripada pihak tuan, baru2 ini saya telah ditegur kerana menggunakan perkataan 'Jakun' dianggap tidak menjaga sensitiviti, kononnya jakun hanya khusus untuk orang asli tidak lagi boleh dipakai untuk membawa maksud lain. saya tidak tahu ada perubahan begitu. kerana padakali terakhir saya menyemak kamus Jakun membawa 3 maksud termasuk 'sangat mudah kehairanan apabila ternampak sesuatu yang baru kerana belum pernah melihatnya dahulu'. adakah benar salah jika menggunakan perkataan jakun bagi membawa maksud lain? ada akta ke? Saya telahpun melihat prpm - Ini data korpus berkaitan kosa kata jakun. Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Edisi Kedua Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Dewan Edisi Keempat jakun I perkataan Minangkabau yang bermaksud halkum - Kamus Dewan Edisi Keempat Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Jd jakun III dlm kamus dewan edisi ke 3 ini sdh tidak blh dgunakan dlm bahasa prtuturan seharian?Berdasarkan rujukan kami, Kamus Dewan Edisi Keempat (terkini) hanya merakamkan maksud jakun seperti yang tuan senaraikan. Tidak ada lagi maksud kiasan bagi perkataan jakun seperti maklumat yang diperoleh daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga.Istilah17.06.2015
Ayat 1 atau 2 yang betul 1. Di pinggir hutan itu terdapat dusun durian . 2. Di dalam hutan itu terdapat dusun durian.Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul.

1. Di pinggir hutan itu terdapat dusun durian .
2. Di dalam hutan itu terdapat dusun durian.
Tatabahasa29.09.2015
Shafini Latif Jun 13th, 7:16pm Assalamualaikum, mohon pencerahan daripada pihak tuan, baru2 ini saya telah ditegur kerana menggunakan perkataan 'Jakun' dianggap tidak menjaga sensitiviti, kononnya jakun hanya khusus untuk orang asli tidak lagi boleh dipakai untuk membawa maksud lain. saya tidak tahu ada perubahan begitu. kerana padakali terakhir saya menyemak kamus Jakun membawa 3 maksud termasuk 'sangat mudah kehairanan apabila ternampak sesuatu yang baru kerana belum pernah melihatnya dahulu'. adakah benar salah jika menggunakan perkataan jakun bagi membawa maksud lain? ada akta ke?Ini data korpus berkaitan kosa kata jakun. Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Edisi Kedua Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Dewan Edisi Keempat jakun I perkataan Minangkabau yang bermaksud halkum - Kamus Dewan Edisi Keempat Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Selain itu, berdasarkan sumber rujukan kami hanya dua maksud yang tersebut membawa maksud jakun, berkemungkinan terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain lagi. Perkataan yang sesuai ialah kolot. Kolot (adjektif) yang bersinonim dengan kuno: mundur, terkebelakang, primitif, konservatif, ortodoks, tidak maju, cara lama, cara purbakala, dan juga bersinonim dengan jumud: kaku, beku, Antara perkataan lain yang sesuai ialah hairan, iaitu 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, me­ngagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdiri­lah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. Untuk maklumat lanjut boleh menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh DBP, iaitu http://prpm.dbp.gov.myIstilah13.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas