Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai ke hutan seberang;
Kecillah kecil hendak berlaki,
     Apa belanja sekulit kerang.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
silipi, *selipik* Ibsejenis bekas kecil daripada anyaman bemban digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil.Pujo mencapai silipi kecil yang dibawanya tadi. Dari dalam bekas itu dikeluarkannya seutas tali berwarna hitam sepanjang kira-kira lapan inci dengan dua biji taring babi hutan terikat padanya.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
komburongoh, *komburongo* Kd1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus.Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pulau Ibkawasan hutan yang tidak boleh dijadikan huma, tempat tinggal atau dibakar kerana pantang larang tertentu.Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gado Kdsejenis perangkap tradisional binatang kecil seperti tupai dan tikus yang dipasang pada dahan kayu.Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pasun Ibsejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik.Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi.Asap Kayu LukaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas