Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, tumpang bertanya 1-Hari yang ceria= adakah betul ayat ini. 2-Ada sesuatu yang sedang berlaku.=adakah betul ayat ini Bilakah perkataan 'yang' sesuai digunakan dan untuk tujuan apakah ia digunakan? 1-Pasu di atas meja @ pasu atas meja= yg manakah betul. Terima kasih kerana membantu, Assalamualaikum1. Ayat pertama dan kedua adalah betul.  Kata hubung relatif yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 




2. Frasa yang betul ialah pasu di atas meja.
Tatabahasa16.10.2013
Selamat sejahtera, Saya pernah mengajukan soalan berkenaan penggunaan tanda baca huruf besar dan huruf kecil kepada PRPM. Namun, tiada jawapan yang kukuh untuk saya fahami alasan munasabah di sebalik jawapan tersebut. Bagaimanakah tanda baca yang betul bagi perkataan berikut: nabi Muhammad atau Nabi Muhammad ustaz Zaim atau Ustaz Zaim malaikat Jibril atau Malaikat Jibril syurga Adnin atau Syurga Adnin neraka Jahanam atau Neraka Jahanam hari Kemerdekaan atau Hari Kemerdekaan surah al-Baqarah atau Surah al-Baqarah dan seumpamanya? Memang benar, perkataan nabi, ustaz, malaikat, syurga, neraka, surah dan hari tersebut merupakan kata nama am yang perlu ditulis huruf kecil. Namun, apabila sudah digabungkan dengan kata nama khas selepasnya, bukankah ia membentuk 1 frasa yang perlu dieja dengan huruf besar juga? Harap kali ini saya pihak PRPM dapat memberikan alasan bagi jawapan yang diberikan itu untuk saya dan kumpulan editor yang lain memahami penggunaan tanda baca tersebut. Sekian, terima kasih.Frasa nama ialah perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama merupakan satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat.

Frasa nama khas ditulis menggunakan huruf besar seperti Ustaz Zaim, Malaikat Jibril, Syurga Adan, Neraka Jahanam, Hari Kemerdekaan, kecuali surah al-Baqarah yang bermakna bab dalam al-Quran.

Para pengguna, editor dan sebagainya disarankan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP: 2008, 363-383) untuk memperoleh maklumat dan contoh yang lebih jelas. Kamus Dewan Perdana (DBP: 2020) juga merakamkan kebanyakan kata dan frasa tersebut untuk membantu pengguna.
Lain-lain10.06.2021
salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "It is difficult, if not impossible"? 1. Ia sukar, jika tidak mustahil 2. Ia sukar, ia tidak mustahil 3. Lain-lain (Sila nyatakan pendapat anda) Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "ia sukar, tetapi tidak mustahil".Penyemakan dan penterjemahan01.11.2014
Abdul Raqiib Basiran Jun 19th, 2:58am Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut.Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh juga merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi "ia" tidak digunakan kepada haiwan.Tatabahasa19.06.2014
Tuan/Puan, Saya telah semak maksud dalam Kamus Dewan untuk perkataan "melontar" dan "melontarkan". Saya masih tidak faham akan perbezaan penggunaannya dalam ayat 1, ayat 2 dan ayat 3. Apakah jawapan yang betul untuk ayat 4? Ayat 1: Ia melontar lembu itu ayat 2:Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah ayat 3: Ia melontar batu ke arah lembu itu Ayat 4: Dia ______ lembu itu dengan batu.

Melontar bermaksud membaling sesuatu, manakala melontarkan bermaksud menggunakan sesuatu untuk melontar/membaling. Oleh itu, lihat pembetulan bagi ayat yang salah:

1. Ia melontar lembu itu - menjadi - Ia melontar lembu itu dengan batu 

2. Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah - betul

3. Ia melontar batu ke arah lembu itu - menjadi - Ia melontarkan batu ke arah lembu itu 

4. Dia melontar lembu itu dengan batu - betul

Tatabahasa09.03.2011
Apakah pemisahan kata yang betul bagi :- 1) Dia 2) Ia 3) Ialah 4) IanyaPemenggalan kata yang betul ialah dia, ia dan ia-lah. Pembentukan kata ianya salah kerana ia dan nya kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga dan tidak boleh dibentuk menjadi satu perkataan.Tatabahasa24.09.2012
Penggunaan Tatabahasa dalam kalangan guru di perlu merujuk Tatabahasa Dewan. Bagaimana pula jika penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang diterima pakai seperti : 1. 'Ia' dikatakan boleh digunakan untuk haiwan dan benda) ? 2. Bolehkah diberikan penerangan tentang 'ialah' dan 'adalah' dengan lebih ringkas kerana kalangan murid bukan Melayu dan penutur asli ada yang tidak boleh membezakan penggunaannya. 3. Penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' juga banyak kekeliruan. Bagaimana cara yang mudah untuk menerangkan kepada bukan penutur jati yang masih di bangku sekolah rendah dan ada juga di sekolah menengah?

1. Ia ialah ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan ,oleh itu ia boleh digunakan untuk bukan manusia. 2. Ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama (Ayah Ali ialah Ahmad), manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif (Baju itu adalah baik) dan frasa sendi nama (Matlamat utama penubuhan unit ini adalah untuk ...).  3. Kata bantu boleh digunakan untuk maksud keizinan, contoh; Mereka tidak boleh memasuki kawasan itu kerana berbahaya. Kata Bantu dapat digunakan untuk maksud keupayaan, contoh; Ayah masih tidak dapat melakukan kerja-kerja yang berat kerana badannya masih lemah.

 

Tatabahasa13.09.2008
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih.

1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang.

2.  Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca.

Tatabahasa31.05.2011
Assalamualaikum.... Bolehkah kata ia diguna pakai selain daripada manusia. cth. 1.Kereta itu berwarna merah, ia diimport dari Jepun. 2. Perkara itu amat penting,ia perlu diselesaikan dengan segera.Dalam ayat pertama, 'ia' boleh digunakan kerana ia merujuk perkara atau benda yang dibicarakan. Manakala dalam ayat kedua, 'ia' boleh ditiadakan dengan menggantikannya dengan 'dan'.Makna28.11.2007
Salam sejahtera, Saya ada persoalan tentang penggunaan kata ganti nama ketiga, ia. Bolehkah ia digunakan untuk merujuk kepada haiwan dan benda? Soalan kedua, sekiranya di dalam cerita haiwan, contohnya Si Belang (harimau), bolehkah ia digunakan untuk merujuk kepada watak Si Belang tersebut? Bukan merujuk secara langsung kepada haiwan tetapi kepada watak dalam penceritaan tersebut. Adakah penggunaan ia dibolehkan dan gramatis? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, ia membawa maksud 1. kata ganti nama diri ketiga; 2. kata ganti nama bukan manusia.

Oleh itu, ia boleh digunakan untuk merujuk Si Belang seperti ayat di atas. Walau bagaimanapun, kami tidak menggalakkan penggunaan ia sebagai kata ganti nama ketiga yang merujuk haiwan atau benda dalam penulisan.
Tatabahasa26.04.2021
12345678910...

Kembali ke atas