Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alkali metallogam alkaliKimiaTiadaunsur logam yang tergolong dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala dan terdiri daripada kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih perak, dan mudah meruap apabila dilakurkan. Kesemua ahli kumpulan mempunyai struktur elektron yang serupa, iaitu terdapat satu elektron dalam orbital paling luar dan elektron ini mudah dibebaskan. Oleh itu, logam ini merupakan agen penurunan yang kuat, bertindak cergas dengan air, dan sangat reaktif.
potasiumkaliumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol K, nombor atom 19, berat atom 39.102, nombor pengoksidaan +1, takat lebur 630C, takat didih 760oC, wujud dalam bentuk logam lembut yang berwarna putih perak, larut di dalam ammonia cecair, anilina, merkuri dan natrium, sangat reaktif dan bertindak balas dengan air untuk membentuk kalium hidroksida dan hidrogen. Oleh itu, kalium perlu disimpan di dalam gas argon atau nitrogen atau di dalam cecair yang bebas daripada oksigen, seperti toluena atau kerosin. Logam ini terdapat dalam tiga bentuk isotop, iaitu K-39, K-41 dan K-40 (radioaktif). Kalium terdapat semula jadi dalam bijih karnalit, silvit dan polihalit, dan disediakan secara penyulingan termokimia kalium klorida dengan natrium. Unsur ini digunakan untuk membuat kalium peroksida dan superoksida, KO2 baja dan sebagai bahan uji makmal.
lithiumlitiumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol Li, nombor atom 3, berat atom 6.941, nombor pengoksidaan =1, takat lebur 179oC, takat didih 1317oC, berbentuk pepejal lembut yang berwarna perak, larut di dalam ammonia cecair, pengkonduksi elektrik yang baik, beracun, logam alkali yang paling tidak reaktif, dan terdapat dua siotop yang stabil, iaitu li-7 dan li-6. Litium terdapat semula jadi dalam bijih lepidolit dan ambilgonit dan diperoleh secara elektrolisis campuran litium klorida dan kalium klorida lakur. Logam ini digunakan sebagai agen penurunan, agen pendehidrogenan, pengeras aloi, bahan uji Grignard, agen pendeoksidaan dan mangkin.
sodiumnatriumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol Na, nombor atom 11, berat atom 22.9898, nombor pengokdisaan +1, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, berbentuk pepejal lembut, berwarna putih, kaustik, mudah teroksida di dalam udara, sangat reaktif, merupakan konduktor elektrik yang baik dan terurai di dalam air untuk membentuk natrium hidroksida. NaOH, dan membebaskan hidrogen. Unsur ini diperoleh secara elektrolisis campuran terlakur natrium klorida dengan kalsium klorida. Natrium digunakan untuk menyediakan natrium hidrida, natrium peroksida dan digunakan juga sebagai mangkin pempolimeran, bahan uji dan bahan pendingin dalam reaktor nuklear.
rubidiumrubidiumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol Rb, nombor atom 37, berat atom 85.47, nombor pengoksidaan +1, takat lebur 39°C, takat didih 688°C, berbentuk pepejal lembut berwarna perak, larut di dalam asid dan alkohol, terurai di dalam air, sangat reaktif, mudah terbakar dan terdapat dua isotop yang stabil, iaitu RB-85 fan Rb-87. Sumber semula jadi rubidium ialah bijih lepidolit. Unsur ini dihasilkan secara penurunan rubidium klorida oleh kalsium atau secara elektrolisis rubidium klorida atau sianida lakur. Rubidium digunakan untuk membuat fotosel dan sebagai mangkin.
franciumfransiumKimiaTiadaUnsur logam alkali radioaktif dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol Fr. nombor atom 87, berat atom 223, nombor pengoksidaan +1, takat lebur 27oC dan takat didih 677oC. unsur ini diperoleh daripada bijih uranium.
hydrogenhidrogenKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol H, nombor atom 1, berat atom 1.008, nombor pengoksidaan +1 dan –1, takat beku –259oC, takat didih –252oC, wujud sebagai gas dwiatom yang tidak berwarna, tidak berbau, ringan dan mudah terbakar. hidrogen terdapat dalam tiga bentuk isotop yang stabil, iaitu H-1 (protium), H-2 (deuterium) dan H-3 (tritium). Sebahagian besar hidrogen berpadu dengan unsur lain, seperti oksigen untuk membentuk H2O dan H2O2. Hidrogen disediakan secara tindak balas stim dengan gas asli, secara penceraian ammonia, atau secara elektrolisis air. Hidrogen digunakan sebagai agen penurunan dan bahan api, dan untuk menghasilkan ammonia, anilina dan metanol.
T-1T-1Teknologi MaklumatTiadaT-1 bermaksud talian jauh paras 1. T-1 ialah satu pautan penghantaran digital yang berupaya menghantar isyarat selaju 1.544 Mbps . T-1 menyediakan sebanyak 24 saluran suara yang setiap satunya berkelajuan 64Kbps. Ia merupakan talian telefon biasa yang terpantas untuk disambungkan ke Internet. Teknologi ADSL dan HDSL dilaksanakan di atas talian T-1. T-1 adalah piawaian pemancaran data untuk Amerika Utara yang berasaskan hukum Mu (µ).
critical damping factorfaktor redaman gentingKejuruteraanTiadaFaktor redaman yang bernilai 1. Ia mewakili keadaan apabila peredaman menghasilkan gerakan yang berada antara keadaan fana tak berayun dengan keadaan fana berayun .Sinonim: nisbah redaman genting.
bitbitTeknologi MaklumatTiadaNombor yang mengandungi satu angka, 0 atau 1. Ia merupakan unit yang terkecil dalam data komputer.
12345678910...

Kembali ke atas