Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~, saya yg bersalah”; seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu ~; mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita): dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu; pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, Saya ingin memohon pertanyaan mengenai ejaan sebenar bagi perkataan-perkataan di bawah ini: 'beria-ia' atau 'bereya' 'bapuk' atau 'bapok' 'kenitkan mata' atau 'kenyitkan mata' Terima kasih.Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. beria-ia  ii. bapuk (bahasa percakapan laki-laki yang lebih bersifat keperempuanan, pondan.)   iii. kenyitkan mata Lain-lain10.03.2019
Yang manakah ayat yang betul? a) ia sungguh menakjubkan kami. Atau B) ia menakjubkan kami.Kedua-dua frasa tersebut betul

i) sungguh menakjubkan kami
ii) menakjubkan kami
Tatabahasa03.01.2021
Salam sejahtera, 1. Boleh tolong jelaskan penggunaan kata 'ia'. 2. Apa perbezaan maksud perkataan: i) mengapa dan kenapa ii) sebab dan kerana Bantuan tuan amat saya hargai, terima kasih.

1. Kata ia ialah kata ganti nama diri orang ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk orang, benda atau perkara yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Penggunaan "ia" juga boleh menggantikan benda/subjek (bukan binatang)

2. Kenapa dan mengapa mempunyai makna yang sama. Untuk penggunaan rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan.



3. Menurut Kamus Dewan, kerana bermaksud menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; dan sebab bermaksud yang mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, yang menjadi sebab atau punca kepada sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll.); oleh itu, dari segi makna , sebab dan kerana mempunyai makna yang sama. Walaupun begitu, dari segi golongan kata, kata sebab merupakan kata nama, manakala kerana ialah kata hubung dan penggunaan kata sebab perlu disertakan dengan kata sendi oleh.

Tatabahasa22.04.2019
Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan OktoberBulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September.Lain-lain27.10.2010
Wujudkah kata ganda untuk perkataan berikut: i) mak cik ii) pak cik Difahamkan kedua perkataan tersebut harus dieja seperti yang tertera di atas. Jika wujudnya kata ganda, adakah ia akan dicantumkan seperti contoh; makcik-makcik & pakcik-pakcik? Terima kasih.Mak cik dan pak cik lazimnya ditemukan dalam wacana tidak rasmi kerana dalam bentuk rasmi penggunaan yang betul ialah ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun sekiranya ada keperluan untuk menggandakan perkataan tersebut, ejaan yang betul ialah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik.Ejaan10.03.2020
1. Ejaan yang betul : definisi atau definasi atau difinisi 2. Adakah penggunaan perkataan "ialah" dan "adalah" sesuai untuk semua jenis ayat bekaitan. Ataupun ia terbahagi mengikut jenis-jenis tertentu?i. Ejaan yang betul ialah definisi. ii. Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh : i. Anak ialah anugerah Allah. ii. Kursus ini adalah untuk memberi penjelasan berkenaan format surat rasmi.Ejaan26.03.2008
Menurut jawapan Tuan: Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: (i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Soalan saya seterusnya ialah: 1. Ibu memberi Ali ikan. (betul) 2. Ibu memberikan ikan (objek bernyawa) kepada Ali (objek bernyawa). (betul atau salah?)Berdasarkan makna Kamus Pelajar, memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada dan sesuatu bermaksud hal atau barang. Ikan bukanlah sesuatu atau barang, maka ayat tersebut tidak gramatis. Tatabahasa24.03.2015
1. Adakah penggunaan perkataan 'antaranya @ antara' boleh hadir di pangkal ayat? Contoh ayat; Antara langkah-langkah membanteras gejala rasuah adalah..., Antaranya ialah... 2. Adakah penggunaan perkataan 'ia' boleh digunakan untuk merujuk kepada sesuatu tajuk? Contoh ayat; Bergotong-royong merupakan salah satu cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Secara tidak langsung, ia akan memastikan kerjasama dalam masyarakat terjalin erat.1. (i) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (ii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah ...  (iii) Kata sendi nama antara  hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu, jauh perbezaannya. (v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara kita, jauh berbeza.
2. Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.
Tatabahasa23.08.2014
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih.i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan.Tatabahasa21.08.2007
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang

Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan.

Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; 

Makna31.07.2009
1234

Kembali ke atas