Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~, saya yg bersalah”; seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu ~; mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita): dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu; pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YARRA

Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh

Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa

mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa

Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan

tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa

Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942.

UMUM 
RANCANGAN MARSHALL

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945).

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945). Pada bulan Jun 1947, Amerika Syarikat

bersetuju untuk membantu Eropah, sekiranya ia

mahu berbincang dan menentukan apa yang

diperlukan. Nama rasmi rancangan itu ialah

Program Pemulihan Eropah. Ia disebut sebagai

Rancangan Marshall bersempena nama George C.

Marshall, setiausaha negara Amerika Syarikat

yang mula-mula mencadangkannya.

Rancangan Marshall bermula pada bulan April

1948 apabila Kongres menubuhkan Pentadbiran

Kerjasama Ekonomi untuk menguruskan bantuan

luar negara. Sebanyak tujuh belas buah negara

menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah bagi mewujudkan kerjasama di kalangan

ahli-ahlinya. Amerika Syarikat menyumbang kira-kira

13 bilion dolar Amerika dalam bentuk

makanan, jentera, dan keluaran lain ke Eropah.

Bantuan tersebut ditamatkan pada tahun 1952.

Pada tahun 1961, Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan dibentuk bagi

menggantikan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah. Sebanyak 20 buah negara, termasuk

Amerika Syarikat dan Kanada menubuhkan

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

pembangunan bagi tujuan menggalakkan

pertumbuhan ekonomi negara-negara ahli dan

bagi membantu kawasan yang sedang

membangun.

Lihat juga Eropah (Eropah Pascaperang);

Marshall, George C.; Truman, Harry S.

UMUM 
MERIAM

Meriam ialah senjata yang kalibernya lebih

daripada 2.5 sentimeter. Ia mempunyai laras,

bahagian bawah, dan mekanisme menembak.

Meriam besar yang kini dikelaskan sebagai artileri

dan meriam yang lebih besar yang dilepaskan

dari pesawat semasa Perang Dunia II (1939–1945),

pernah dinamakan sebagai meriam.

UMUM 
PERSIDANGAN POTSDAM

Persidangan Potsdam ialah perjumpaan

terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet,

United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut

diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia

bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan

selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan

tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah

Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana

Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement

Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai

perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili

United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang

berakhir pada 2 Ogos 1945.

UMUM 
PERTEMPURAN BANNOCKBURN

Pertempuran Bannockburn ialah salah satu

pertempuran paling penting dalam sejarah

Scotland . Ia berlaku di Bannockburn, Scotland, pada

tahun 1314. Dalam pertempuran itu, rakyat Scotland

menyelamatkan negara mereka daripada

pemerintahan asing dengan mengalahkan tentera

Inggeris di bawah Raja Edward II. Robert Bruce

menaiki takhta Scotland dengan kemenangan ini.

Jumlah tentera Inggeris melebihi tentera Scotland,

tetapi pertahanan Scotland bertempur dari

kedudukan yang lebih baik, sedangkan pihak

Inggeris terlalu terhimpit untuk menggunakan

sepenuhnya jumlah tentera mereka yang lebih

besar. Pihak Scotland menghentikan kemaraan

orang Inggeris dengan menggali lubang di

sepanjang garisan serangan. Orang Inggeris

melarikan diri setelah mengalami kekalahan teruk.

UMUM 
PERGAMUM

Pergamum ialah bandar purba agung di barat

Asia Kecil (kini Turki). Ia berkemungkinan diasaskan

beberapa ratus tahun sebelum menjadi pusat

kebudayaan Yunani yang penting pada tahun 200-

an S.M. Raja dinasti Attalid memerintah Pergamum

selepas tahun 263 S.M. Mereka menjemput ahli

falsafah, penulis dan artis ke istana diraja dan

menubuhkan perpustakaan yang besar di bandar

ini. Mereka juga menggalakkan perdagangan dan

pengeluaran tekstil broked dan kertas kulit. Para

pengarca Pergamum mengembangkan gaya

tersendiri dalam mencipta altar yang mengagumkan

yang ditujukan khas kepada Zeus, raja dewa

Yunani. Bandar ini mencapai kemuncak

kegemilangannya semasa pemerintahan Eumenes

II, antara tahun 197 S.M. dan tahun 159 S.M.

UMUM 
PERANG DINGIN

Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi

memerihalkan persaingan hebat yang tercetus

selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara

kumpulan negara komunis dengan negara bukan

komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu

komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur .

Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika

Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya

dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa

tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak

membawa kepada peperangan sebenar atau perang

“panas” pada skala yang luas.

UMUM 
TERUSAN KIEL

Terusan Kiel adalah jalan air yang merupakan

jalan pintas bagi kapal-kapal yang belayar dari Laut

Utara ke Laut Baltik. Pada suatu masa dahulu, ia

dikenali sebagai Terusan Kaiser Wilhelm. Nama

Jerman yang rasmi ialah Nord-Ostsee-Kanal

(Terusan Laut Utara-Timur). Ia memendekkan

pelayaran mengelilingi Denmark dengan jarak

melebihi 480 kilometer. Terusan ini terletak di

utara Jerman. Ia bermula dari Brunsbüttelkoog di

muara Sungai Elbe hingga Holtenau berhampiran

Kiel, iaitu bandar pelabuhan Baltik. Terusan ini

dinamakan serupa nama bandar pelabuhan Kiel.

Pembinaan Terusan Kiel dimulakan oleh

kerajaan Jerman pada tahun 1887, dan siap pada

tahun 1895. Semenjak itu, terusan ini telah

diperluaskan. Julat kelebaran terusan ini ialah

antara 102 meter hingga 162 meter, dalamnya 11

meter dan panjangnya 98.5 kilometer. Bom-bom

tentera Berikat merosakkan terusan ini semasa

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
ORAN

Oran (pend. 663 504) merupakan pelabuhan Laut

Mediterranean di Algeria. Oran terletak kira-kira

360 kilometer di barat Algeria (lihat Algeria [peta]).

Oran menjadi tempat untuk menjalankan

perdagangan dengan bandar pedalaman Afrika

dan pelabuhan di selatan Eropah. Ia dibina oleh

orang Moor, dan sesetengah bangunan lama yang

melihatkan pengaruh Moor masih berdiri megah.

Bandar ini telah ditakluki oleh orang Sepanyol

pada tahun 1509, orang Turki pada tahun 1708,

dan sekali lagi oleh orang Sepanyol pada tahun

1732. Sepanyol meninggalkan Oran pada tahun

1791 setelah bandar ini musnah akibat gempa

bumi. Pada tahun 1831, orang Perancis membina

semula Oran. Tentera Amerika membuat

pangkalan di sana semasa Perang Dunia II.

UMUM 
PRAGUE

Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat

kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting.

Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa

Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua

dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di

Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat

Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali

sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat

banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah

sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah

yang terselamat daripada kerosakan besar dalam

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 

Kembali ke atas