Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
3. Anak .................. anugerah Allah. ialah adalah merupakan 4. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. di dari dalam 5. ............... abad ke-20 Di Pada Dalam 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. Betul Salah 7. Institut Irsyad ............. sebuah institut persendirian. ialah adalah merupakan 8. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... Betul SalahJawapan untuk soalan yang diberikan:
3.  Anak ialah anugerah Allah
4.  Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi
5.  Pada abad ke-20
6.  Dia asyik termenung dari hari ke sehari  -  Salah
7.  Institut Irsyad ialah/merupakan sebuah institut persendirian
8.  Keputusan yang diambil adalah berdasarkan  ...  Salah
Tatabahasa29.10.2016
Boleh terangkan fungsi,perbezaan, bila dan bagaimana penggunaan perkataan berikut -ialah -adalah -merupakan Terima kasih.Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. Tatabahasa05.10.2016
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

1.    1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

1.    Buku rujukan utama tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. Saudari juga boleh berbincang dengan guru/pensyarah untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.

2. Cadangan padanan perkataan “Genius” berdasarkan teks yang diberi ialah tanda atau lambang.






Tatabahasa26.09.2021
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih.

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa24.04.2013
Bilakah boleh digunakan ialah, adalah dan merupakanIalah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam ayat penyata penggunaan yang betul ialah dan adalah. Untuk melihat maksud dan konteks penggunaan perkataan merupakan, klik merupakan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merupakan.Tatabahasa06.07.2015
Kenapa ayat ' adalah merupakan' tidak boleh digunakan?

Kata pemeri adalah mesti diikuti dengan kata kata sendi nama atau kata adjektif, sedangkan merupakan ialah kata kerja (bukan kata sendi nama atau kata adjektif), oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan.

 

Tatabahasa26.05.2009
apakah perbezaan antara "ialah" , "adalah" dan "merupakan"? Bagaimana menggunakan ketiga-tiga perkataan tersebut?Kata 'ialah', 'adalah' dan 'merupakan' ialah kata pemeri. 'Ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 'Merupakan' pula berfungsi seperti kata 'ialah' dan digunakan juga di hadapan kata kerja. Contoh: Anak ialah anugerah Allah SWT; Kursus ini adalah untuk pegawai atasan; Program ini merupakan usaha yang berterusan ... Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.Tatabahasa18.07.2010
Nak tanya sama ayat berikut adalah betul ataupun tidak? 1. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut adalah merupakan tempat persinggahan kapal. 2. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. 3. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut ialah merupakan tempat persinggahan kapal.Ayat yang betul:

1. Fungsi kedua-dua sungai tersebut adalah untuk menjadi tempat persinggahan kapal.
2. Kedua-dua sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal.
Tatabahasa08.04.2020
apakah beza antara penggunaan ialah dan adalahIalah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut.Tatabahasa24.04.2007
PENGGUNAAN IALAH DAN ADALAHKata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.Tatabahasa02.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas