Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öi.ba.dat]/[i.ba.dat] | عبادة

Definisi : Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; beribadat berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama: gadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya; mengibadatkan menjadikan sesuatu sbg ibadat; peribadatan 1. keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yg dilakukan kerana Tuhan; 2. hal berkaitan dgn mengerjakan ibadat: dlm seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yg amat dikehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öi.ba.dat]/[i.ba.dat] | عبادة

Definisi : segala amalan baik yg dilakukan (yg wajib, yg sunat atau yg digalakkan) dan segala pengekangan diri drpd melakukan perkara yg terlarang sama ada yg haram atau yg makruh, semata-mata kerana Allah: Sembahyang itu ialah ~ yg utama dlm agama Islam. beribadat melakukan ibadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibadat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan amal, amalan, bakti, khidmat;,
Kata Terbitan : beribadat,


Pantun

PantunSumberTema
Taat Melayu ke orang tua, Tempat petua serta teladan; Taat berguru teranglah dada, Ibadat bertambah kepada Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kirim surat orang seberang, Surat ini bunga perada; Saya pesan pada abang, Amal ibadat jangan dilupa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Banyak-banyak membuat jermal, Jermal dibuat di tempat dangkal; Banyak-banyak membuat amal, Amal ibadat menjadi bekal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kain dicelup menjadi baju, Kain dapat dilipat-lipat; Pakaian hidup aib dan malu, Pakaian mati amal ibadat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas