Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öi.ba.dat]/[i.ba.dat] | عبادة

Definisi : Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; beribadat berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama: gadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya; mengibadatkan menjadikan sesuatu sbg ibadat; peribadatan 1. keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yg dilakukan kerana Tuhan; 2. hal berkaitan dgn mengerjakan ibadat: dlm seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yg amat dikehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öi.ba.dat]/[i.ba.dat] | عبادة

Definisi : segala amalan baik yg dilakukan (yg wajib, yg sunat atau yg digalakkan) dan segala pengekangan diri drpd melakukan perkara yg terlarang sama ada yg haram atau yg makruh, semata-mata kerana Allah: Sembahyang itu ialah ~ yg utama dlm agama Islam. beribadat melakukan ibadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibadat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan amal, amalan, bakti, khidmat;,
Kata Terbitan : beribadat,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ibadat haji di MekahTiadaUtusan Melayu27.03.1996
Ibadat haji di MekahTiadaUtusan Melayu09.08.1995
IbadatPutra KlasikMingguan Malaysia01.12.1988
Banyakkan ibadat daripada berkhayal sahajaK.BaliNusantara15.12.1991
Mutiara IbadatTiadaMingguan Malaysia21.07.1991
Membaca: ibadat dan maklumatTiadaUtusan Melayu02.09.1988
Asal usul ibadat hajiTiadaUtusan Melayu16.07.1997
Cara mengerjakan ibadat umrahImlan AdabiBerita Minggu13.09.1998
Sejarah bermulanya ibadat hajiTiadaWatan13.11.1978
Ramadan Perkebunan IbadatBadrila AbdullahMingguan Tempo06.03.1994
12

Kembali ke atas